Kadang kadang

Banyak orang cakap yang bila seseorang sudah mula berusia maka dia jadi lebih sensitif…  Betul atau tidak aku tak pasti tapi berdasarkan pemerhatian memang ada yang benar. Kebenaran itu bukan berpunca daripada pemerhatian aku sahaja, tapi berdasarkan beberapa pandangan.

Kita sebagai anak sering berfikir (kadang kala) kenapa ibu kita terlebih sedih, atau mudah sekali kecil hati. Biasanya ada yang jawab gini;

1)      Bila dah monopos memang akan rasa begitu

2)      Nama pun orang tua, memang semua benda nak cepat saja. Bila lambat sedikit mula lah rasa nak marah

3)      Memang kita yang salah sebab kadang-kadang tak menjaga hati ibu kita.

No. 3 memang tepat kerana apabila sudah melewati usia, banyak ibu atau nenek tidak kurang ayah / bapa atau atok mudah berkecil hati kerana sikap kita sendiri terhadap mereka.

Namun, mungkin juga faktor No.1 dan 2 turut menyumbang. Sebagai anak, apa yang kita boleh lakukan hanya buat yang terbaik untuk kedua ibu dan bapa kita. Tak kisahlah walaupun kita bergaji kecil sekalipun, tanggungjawab terhadap mereka wajib dijalankan.

Bercakap tentang tanggungjawab, aku memang belum bekerja secara tetap. Kontrak akan tamat akhir bulan ini, tapi itu tidak bermakna aku akan terus goyang kaki, tanpa mencari kerja. Apa yang pasti sudah berpuluh-puluh jugak permohonan di buat, tapi masih belum rezeki macam yang selalu orang cakap. Iyelah  sangat kan… kalau kita tak berusaha mana ada rezeki nak datang gedebuk bergolek atau duit turun dari langit kan…- Syirik lah kalau percaya macam itu.

Dalam dilema jugak kan bila ada suara-suara yang cakap itu dan ini terhadap aku yang dah nak kahwin tapi belum bekerja. Untuk suara-suara itu termasuk saudara-saudara terdekat juga, ini jawapan saya;

“ sebenarnya saya juga turut merasa bimbang dan gusar kerana masih belum bekerja membantu mak dan abah sebab dah nak kawin pada febuari depan. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak pernah mengumpul wang atau menyimpan duit walau sedikit pun untuk membantu mereka. Jangan kerana saya masih belum bekerja secara serius kalian menuding jari seolah-olah saya ini hanya tahu menyusahkan ibu bapa saya. Dan… dan.. kalaupun kalian tak pernah tahu saya bekerja atau tidak, kalian tahu ke bahawa saya tidak pernah memberi ibu bapa saya duit?” ok sila jawab sendiri.

Bukan kerana emosional atau apa tetapi ini juga bukan kehendak aku. Rasanya terlalu dalam kalau nak cerita panjang lebar atau dengan lain kata lecehnya semua benda nak orang lain tahu kan (sedikit tersinggung). Bagi aku, selepas selesai masters memang aku nak bekerja, cari pengalaman mengajar dan mudah-mudahan ada rezeki mengajar, tapi bila belum dapat kerja, itu tak bererti aku tak pernah usaha kan. Kalau nak dikatakan mintak cop sijil semua, dah lebih dari 100 keping agaknya. Duit pos laju beratus-ratus dah habis kot. Tak kan semua itu aku nak cerita kan… otak saya masih ‘waras’ lagi ok…

 

Pasal tanggungjawab juga aku sedikit melihat fenomena- Maklumlah selepas hari raya kan. Cuba kita fikirkan, wajarkah seorang anak telefon setiap hari tanpa menjenguk ibu bapanya di kampung halaman. Ya, memang aku tak tahu lagi situasi aku akan datang macam mana. Tetapi realitinya aku sendiri sudah nampak bahawa sang anak hanya kerap menghubungi ibu bapa melalui telefon tanpa pulang menziarah mereka. Adakah sama suara di talian dengan salam seorang anak yang menziarah keluarganya?

Kesibukan memang kerap dan acapkali menjadi mangsa ‘dipersalahkan’ oleh sang anak yang kononnya tak dapat pulang. Kasihan kan si ibu. Kalau ada pun pulang, jarang sangat. Jika pulang pun kadangkala, anak dan isteri (menantu) tak mahu ikut (ini kalau anaknya lelaki). Itulah realitinya. Aku berkata begini sebab aku dah lali dengan fenomena persekitaran kampung halaman, lebih-lebih lagi tinggal di rumah bersebelahan atok ki dan atok wan. Memang wajarlah setiap kali hari raya pasti ada saja cerita anak tidak pulang kampung. Apa perasaan mereka agaknya ya? Ini terkecuali mereka yang tinggal di luar negaralah, namun ada juga yang di luar negara sanggup pulang kan. Itulah, semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab dalam diri kita sendiri.

Akhir kata, maaf zahir batin andai ada pembaca senyap (saudara mara) yang membaca entri ini. Sesungguhnya saya tidak ada maksud lain selain hanya mampu menjawab perkara itu. Dan jika ianya benar sekalipun, ‘kamu’ harus mendoakan saya bukan membawa atau menjaja cerita di lebaran yang mulia ini.

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin

 

-nurulfika dalam dilema ;( )

Leave a comment