RAMADHAN menggamit kenangan

Sabtu bersamaan 22 Ogos 2009 merupakan tarikh yang dijangka bermulanya hari dan bulan penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. begitu juga aku walaupun terpaksa berpuasa dan berbuka hanya bersama-sama rakan-rakan dan tidak dengan ibu bapa seperti waktu kecil-kecil dahulu.

sejak tinggal di asrama seusia 13 tahun mulalah episod hidupku berbuka dan berpuasa di dewan makan. rasa gembira sudah tentu apabila berbuka puasa bersama mak dengan abah, tapi apakan daya sudah bersekolah jauh. pengalaman dan kenangan juga.

entri kali ini juga berkisar tentang bulan RAMADHAN tahun 2005 apabila aku mula menjejakkan kaki sebagai seorang pelajar UKM. teringat kisah dahulu bagaimana aku boleh berjumpa dengan orang yang aku suka…

ceritanya bermula begini. tiap malam Alhamdulillah kebetulan kolej yang aku diami dekat sahaja dengan masjid UKM. jadi, aku dengan rakan-rakan baru iaitu Farah (yang sudah mengajar di MRSM Pahang), achik (yang baru konvo sebagai ustazah) sempat menunaikan solat tarawih di masjid.

tetapi aku selalu je tertanya-tanya apabila pulang dari masjid. kenapa ada 2 orang pelajar lelaki mesti turun dari tangga kolej dan ke masjid. ada apa kat masjid? orang dah habis terawih pun. pelik. biasalah, aku kan bising. sibuk je nak siasat. masalahnya lelaki tu dengan baju merah mesti dengan kawan dia.

walaupun kawan2 cakap apepun tapi aku masih nak tahu. yela, hari-hari jumpa masa nak balik kolej, mestilah hairan…haish…dah sampai admire dah kat si dia ni..muka suci je, macam baik-baik. haish…hantar seorang kawan untuk siasat..kawan lelaki iaitu kosmet farah. kawan rapat aku juga.

akhirnya aku tahu bahawa selepas solat terawih ada tadarus Al-Quran dan 2 orang lelaki yang selalu terjumpa itu selalu jadi imam di surau kolej dia.dah salah sangka, dosa je. tapi aku dah suruh kawan farah hantar kad hari raya untuk minta maaf sebab mengata budak itu.si dia pula balas kad hari raya.wah…seronok…

hasil daripada bulan puasa yang penuh berkat tu, sekarang aku berkawan dengan si dia yg berbaju merah, yang selalu menuju ke masjid tiap kali selepas solat terawih..

entri ini aku nak tulis sempena bulan puasa yang bakal tiba lusa. aku sangat berharap hubungan yang ada sekarang antara aku dan si dia akan kekal hingga ke syurga..huhuhu. [angan-angan tinggi]. lagi pula kami bertemu di bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan. dan, setiap kali bulan Ramadhan tiba aku akan kenang peristiwa itu. ia bukan mimpi tapi hakikat aku dan dia pernah lalui.

buat si dia jika membaca tulisan ini, semoga bulan ini membuat diri kita lebih baik dan hampir denganNYA…InsyaAllah…RAMADHAN benar-benar menggamit kenangan…semoga ianya berkekalan AMIN….

~jiwangkah aku~ hahahahah