JALAN MASING-MASING

Hari ini sudah menjadi sejarah berbekalkan segala kesungguhan aku dan rakanku Diyana @ Didie, kami berjaya bentang cdgn proposal Master Degree kami..Syukur..

Paling tidak satu harapan baru dan sudah ada jalan yang kami pilih untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian di UKM ini. Walaupun ada beberapa komen dan soalan bersifat ujian tadi, namun aku berfikiran +ve dan mengambil iktibar setidak-tidaknya ia dapat membantu kami kelak.

Selesai pembentangan, aku dapat kad jemputan dari Mahani, coursemate yang hendak nikah bulan sembilan ini..wah, Ani sangat excited jugak menanti hari bahagia. Aku dan didie hanya berlawak di bilik siswazah “D, orang dah kawin …kita ni entah bila”. memang pun kami belum ada cadangan untuk menuju ke jalan itu. Mungkin nanti bila dah tiba masanya~ entah bila kan.. 😉

Awin pun dah nak kawin juga, bulan 12 kata Zu. Semalam Julimah kawan Paie yang aku kenal pun minta sms alamat..musim orang kahwin raya tahun ini.

jalan aku masih jauh…ye jauh lagi. paling tidak mesti mak dgn abah suruh dapat kerja dan stabilkan poket dahulu.Cita-cita aku pula mestilah dapat sebuah kereta hasil titik peluh sendiri. Peugeot 308 ke, yaris ke…heh~

Ye, itu sudah rezeki mereka, dan jalan masing-masing yang Tuhan bagi kepada setiap hambanya. Setiap orang diuji dengan bahagian masing-masing, ye lah jalan masing-masing pasti tidak sama yang diaturkan olehnya.

tumbuhan

~tak tahulah apa pewajaran letak gambar ini~

Advertisements

ESOK ADALAH MISTERI ;-)

Dulu-dulu ada dh org berfalsafah….mcm entri kali ini.

ESOK ADALAH MISTERI…ye, sgt MISTERI sbb tak tahu apa yang akan berlaku esok.

sama ada aku akan pulang 😉 atau ;-( …

berdebar sgt, tp aku teka ;-( sbb aku dah pun dptkan komen drpd bbrp individu yg blh dipercayai.

sekian~ doakan aku…xtahu apa akan berlaku

yehaaa…

RAMADHAN menggamit kenangan

Sabtu bersamaan 22 Ogos 2009 merupakan tarikh yang dijangka bermulanya hari dan bulan penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. begitu juga aku walaupun terpaksa berpuasa dan berbuka hanya bersama-sama rakan-rakan dan tidak dengan ibu bapa seperti waktu kecil-kecil dahulu.

sejak tinggal di asrama seusia 13 tahun mulalah episod hidupku berbuka dan berpuasa di dewan makan. rasa gembira sudah tentu apabila berbuka puasa bersama mak dengan abah, tapi apakan daya sudah bersekolah jauh. pengalaman dan kenangan juga.

entri kali ini juga berkisar tentang bulan RAMADHAN tahun 2005 apabila aku mula menjejakkan kaki sebagai seorang pelajar UKM. teringat kisah dahulu bagaimana aku boleh berjumpa dengan orang yang aku suka…

ceritanya bermula begini. tiap malam Alhamdulillah kebetulan kolej yang aku diami dekat sahaja dengan masjid UKM. jadi, aku dengan rakan-rakan baru iaitu Farah (yang sudah mengajar di MRSM Pahang), achik (yang baru konvo sebagai ustazah) sempat menunaikan solat tarawih di masjid.

tetapi aku selalu je tertanya-tanya apabila pulang dari masjid. kenapa ada 2 orang pelajar lelaki mesti turun dari tangga kolej dan ke masjid. ada apa kat masjid? orang dah habis terawih pun. pelik. biasalah, aku kan bising. sibuk je nak siasat. masalahnya lelaki tu dengan baju merah mesti dengan kawan dia.

walaupun kawan2 cakap apepun tapi aku masih nak tahu. yela, hari-hari jumpa masa nak balik kolej, mestilah hairan…haish…dah sampai admire dah kat si dia ni..muka suci je, macam baik-baik. haish…hantar seorang kawan untuk siasat..kawan lelaki iaitu kosmet farah. kawan rapat aku juga.

akhirnya aku tahu bahawa selepas solat terawih ada tadarus Al-Quran dan 2 orang lelaki yang selalu terjumpa itu selalu jadi imam di surau kolej dia.dah salah sangka, dosa je. tapi aku dah suruh kawan farah hantar kad hari raya untuk minta maaf sebab mengata budak itu.si dia pula balas kad hari raya.wah…seronok…

hasil daripada bulan puasa yang penuh berkat tu, sekarang aku berkawan dengan si dia yg berbaju merah, yang selalu menuju ke masjid tiap kali selepas solat terawih..

entri ini aku nak tulis sempena bulan puasa yang bakal tiba lusa. aku sangat berharap hubungan yang ada sekarang antara aku dan si dia akan kekal hingga ke syurga..huhuhu. [angan-angan tinggi]. lagi pula kami bertemu di bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan. dan, setiap kali bulan Ramadhan tiba aku akan kenang peristiwa itu. ia bukan mimpi tapi hakikat aku dan dia pernah lalui.

buat si dia jika membaca tulisan ini, semoga bulan ini membuat diri kita lebih baik dan hampir denganNYA…InsyaAllah…RAMADHAN benar-benar menggamit kenangan…semoga ianya berkekalan AMIN….

~jiwangkah aku~ hahahahah

wedding at Seremban

ok last week pergi kenduri sepupu saya di Seremban. sy berjaya datang time nikah walaupun ramai yang jangka saya tak dapat hadir jumaat itu.

Otw ke Seremban dengan busu, ada excident di lebuh raya depan R&R Seremban. ada treler melintang tengah2 jalan dan jalan jem. tapi syukur kami tiba masa itu baru nak jem, so terlepas la selepas cilok2 jalan dan dpt sampai jam 5 ptg di rumah mak long.

saya dapat saksikan sepupu sy iaitu kak no dgn shahrul nikah ptg itu..perasaan saya sangat gembira (“,)

Selamat menempuh alam baru ye kak no. after this kita dah xboleh mcm dulu lagi. kalau balik kampung dah xboleh lepak2 same + tido reramai mcm dulu sbb kak no dh ade husband…so sad…sy saje tinggal seorang. sepupu lain tak ada yang umur 20-an ke atas kecuali lelaki…

ini gambar2 yg sempat sy ambil.

DSC00032

DSC00043

DSC00055

DSC00057

DSC00066