Esok

Esok…

Ada apa dengan esok?

1) Esok Khamis bersamaan 26 hb

2) Esok Hari Ke 16 umat Islam berpuasa

3) Esok En Dato balik dr Induksi

4)..uhuhu esok En Dato exam untuk sah jawatan…

semoga kamu berhasil dengan izinNya..

*************************

Entri kali ini sedikit emosi. bukan emosi marah tapi lebih kepada kesedaran untuk diri sendiri. sesiapa yang nak baca boleh teruskan dan sesiapa yang rasa dah muak, tak mengapa 🙂

****************************************

ok saya sedar esok dah masuk Fasa 2 bulan Ramadhan..cepatnya masa berlalu. dah nak habis Ramadhan..

Dah 15 hari Ramadhan berlalu, tak tahulah tahun depan jumpa lagi atau tak.

Yang pastinya InsyaAllah tahun depan dah berubah status..

aha…

1) dari seroang yang single kepada double ( in mean dah hidup berdua) InsyaAllah

2) dari ada satu family dah ada dua

3) dari belum kerja mungkin tahun depan dengan izinNya dah ada kerja tetap 🙂

4) macam-macam lagi kemungkinan…

1-3 di atas pun mungkin boleh jadi atau tidak dengan kuasa Tuhan..

aku cuma boleh berharap yang terbaik dariNya sahaja.

Syahdu… syahdu sangat. lebih-lebih lagi dengar Imam tadi tersekat-sekat sebab sebak dengan kesedihan mungkin sebab bulan ini dah nak habis. Sebak bila baca Inna Anzalna…

Aku? perasaan aku pun turut berubah dengan keadaan itu. subhanallah…bagi aku terbaiklah Imam tadi sebab sedikit sebanyak dapat memberi kesan perasaan kepada makmumnya…

mudah mudahan perasaan ini kekal.

tak tahu jumpa lagi tak ramadhan tahun depan.. usia meningkat, dosa pun meningkat ;(

sedih…

**********************

Ok saya harap En Dato’ saya lulus exam esok dan dapat sah jawatan. paling tidak dia dah kerja 🙂

aku juga merindui insan bernama Didie

Apa kata….??

Gambar hiasan…

Apa kata orang jika degree holder tak kerja?

Apa pula kata orang jika degree holder kerja sambilan?

Lagi cuba kita fikir kalau degree holder jaga anak dekat rumah sahaja?

mesti orang cakap mcm ni…

1) buat apa belajar pandai2 kalau tak kerja

2) bazir duit je belajar dulu

3) dah penat belajar tak nak kerja???

4) degree gantung kat dinding je ke?

5) tak bosan ke duduk rumah? mcm tak ada kehidupan sendiri je..

6) nanti susah kalau ada apa2 (masalah rumah tangga). mana nak tanggung bila kena hidup sendiri?

7)

8)

9)

10)

***********************************

ok ini antara jawapan org ramai..

tapi…

eh….

jgn salah…

bukan penulis yang berniat tak nak kerja..

saje ambil pengalaman dan berkongsi cerita

mungkin sebab penulis dan sedaya upaya mencari kerja tetapi masih belum jumpa yang sesuai..

lebih tepat atau boleh dikatakan…

JIWA KACAU…

p/s jgn nak mengarut cari kerja lain sedangkan kontrak habis bulan 9… ingat tu..

ok fine… tetiba rasa nak kerja ofis

~end~

LAVENDER!!!!!!!!!!!!!!!

cantik…nyer….

ok byk gambar dr cerita…

sy dah decide mahu wrna ini sebagai tema…

sbb…

sbb…

abah dah pilih 1 wrna yg dia suke yg boleh match dgn wrna ini. mula2 tak nak wrna ni tp sbb abah dh suke sgt siap test2 n ambil sampel wrna rasa sy harus mengalah… eheheh.

dan dah survey…

ini wrna sy nnti…


so dh boleh nk beli beberapa brg yg berkaitan dgn wrna ini..

sy hepi sbb abah hepi…

sayang abah dan mama!!!!!!!!!

Lavender wedding…

“Lavender wedding tidak hanya membawa kesan anggun, tapi juga mampu menghanyutkan Anda pada suasana yang tenang,nyaman, hangat, dan bersahaja. Mengangkat warna lavender sebagai warna utama lalu dipadupadankan dengan warna lainnya bukanlah hal yang mustahil. Misalnya, warna lavender akan lebih terlihat romantis jika dipadupadankan dengan putih.

Bisa juga memadupadankan lavender dengan coklat jika Anda ingin mendapatkan kesan “membumi” dan mencerminkan kedewasaan Anda dan pasangan. Berbeda jika Anda menginginkan kesan pernikahan yang ceria, girly, namun tetap romantis, bisa Anda padupadankan warna lavender dengan pink pada dekorasi pernikahan, kad undangan”…

EOP

EOP… ini nama panggilan adik aku yang kedua iaitu anak ketiga. nama sebenar ASYRAF..

hari ini nak cerita pasal dia ni. OK semalam baru balik ke KL. hari ini dah rasa bosan. tak ada kawan. dekat rumah Ajik ada. tapi sini… tak ada sapa2.

ok lah semalam masa otw ke rumah kak nani ( dlm KTM) mak call

mak: ada berita kurang baik. eop suspek denggi…

nurul: pulak… habis cemane? dah tahu ke?

mak: belum, kawan dia hantar ke klinik. baru nak amik darah. badan dah panas sangat. 37’c …

nurul: (dlm hati) mak oi… boleh jd kes lain ini.

habis mak nak p pasir gudang ke?

Mak: haah. mak tak pergi mengajar hari ini. dah hantar persediaan kat sekolah. nanti senang kalau cikgu nak ganti

nurul: habis abah tak keje ke?

mak: abah nak mintak off half day. habis cemane… eop dah nangis2 kat sana. dah muntah2… mak risau. ajik kena pergi sekolah jugak. praktikal tak boleh ponteng. tak apa, mak dengan abah urus semua…

nurul: (dalam hati) terharunya…. inilah namanya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan bapa.

ok lah, nanti kalau ada apa2 mak bagitahu tau. kita boleh balik. tolong apa2 yang patut. lagipun kerja kita kan guna email je. mak jangan risau lah.kita byk2 doa ye

mak: haah ye lah. tak apa. urus hal along dulu. kat sini mak boleh urus. betul. selesaikan urusan kat UKM dulu ye.

………………………………………………………………………….

…………………………………………………………..

…………………………………..

Talian tamat dengan salam.

Eop adik aku dah kerja dekat syarikat western digital kat pasir gudang dan menetap kat sana.

hari isnin malam dia balik dlm keadaan demam dah. tp dah p klinik panel ofis dia. dia ni baguslah jugak. tak sempat nak jd penanam anggur dah dapat kerja. tahniah lah. abg dengan kakak dia pun belum kerja lagi… huhuhu

selasa dia lepak je kat rumah. selasa malam hantar dia balik sebab rabu petang dia keje. dia ni kerja shift 12 jam… gile tak ingat.. kalo aku memang tak mampu. dah sebulan lebih la dia kerja.

hantar dia mak suruh aku dengan ajik sume ikut. ajik ganti drive dengan abah. aku banyak tido je… ehehheh

sampai rumah 3 pagi…

sebelum tu. dah sampai benut dalam area 2 pagi lebih la kot  ada 1 kisah lagi

Abah : eh ni wallet sape? ( tanya pada Ajik) sebelah driver

Ajik: tak tahu, bukan ajik punya….

nurul: bergegas bangus dr tido ( sebab baring belakang mak)

Mak: jangan2 eop tak?

nurul: haah eop punya….( kenal)

abah: Eop ni… cuai betullah…abang tengok dlm tu ( suruh ajik)

ajik: semua ada ni bah… ic, lesen, kad bank…

abah: ish budak ni… sabar je lah. dah la tak pe. esok je kita pikir cemane. abah tak larat dah ni.

………………………………………………….

eop ni memang cuai sikit. suka letak barang merata. tak kanlah kami nak patah balik. aduhai… eop2. balik isnin pun ubat tinggal kat rumah sewa. cemane ntah…

dia mmg baik lah tp dia cuai sikit.

ok dijadikan cerita sbb semalam dia dah demam teruk sangat jadi bah bawak balik rumah. stay kat sana dr tgah ari semalam sampai malam.

sampai pun dah lewat. sian abah…

tapi nampaknya demam dia makin teruk hari ini.

mak tepon pagi tadi cakap pukul 4 pagi hantar klinik lagi sebab terlalu panas. suhu naik sampai 38’c…

risau jugaklah…

kesian mak. hari ni kelam kabut nak urus rumah, sekolah lagi, eop demam lagi…

rasanya macam nak balik. serius… harap2 eop cepat sembuh. Dr dah sahkan bukan denggi.. tapi tak tahulah kenapa teruk sangat. mungkin sebab kerja shift 12 jam malam kot. dia tak tahan.

esok dah jumaat, ahad dah konvo. kalau semua jaga eop nampkanya konvo kali ini aku dengan kawan2 je lah..

tak apelah, dulu pun dah konvo kan…

harap eop ok…

p/s:  pernah tak rasa macam tak suka duduk rumah org lama? ( tak da kaitan) ehehehhe

nurulfika sedang berkecamuk~~~~

jom buat task yg Dr bagi utk jurnal ke 2 🙂