Kadang kadang

Banyak orang cakap yang bila seseorang sudah mula berusia maka dia jadi lebih sensitif…  Betul atau tidak aku tak pasti tapi berdasarkan pemerhatian memang ada yang benar. Kebenaran itu bukan berpunca daripada pemerhatian aku sahaja, tapi berdasarkan beberapa pandangan.

Kita sebagai anak sering berfikir (kadang kala) kenapa ibu kita terlebih sedih, atau mudah sekali kecil hati. Biasanya ada yang jawab gini;

1)      Bila dah monopos memang akan rasa begitu

2)      Nama pun orang tua, memang semua benda nak cepat saja. Bila lambat sedikit mula lah rasa nak marah

3)      Memang kita yang salah sebab kadang-kadang tak menjaga hati ibu kita.

No. 3 memang tepat kerana apabila sudah melewati usia, banyak ibu atau nenek tidak kurang ayah / bapa atau atok mudah berkecil hati kerana sikap kita sendiri terhadap mereka.

Namun, mungkin juga faktor No.1 dan 2 turut menyumbang. Sebagai anak, apa yang kita boleh lakukan hanya buat yang terbaik untuk kedua ibu dan bapa kita. Tak kisahlah walaupun kita bergaji kecil sekalipun, tanggungjawab terhadap mereka wajib dijalankan.

Bercakap tentang tanggungjawab, aku memang belum bekerja secara tetap. Kontrak akan tamat akhir bulan ini, tapi itu tidak bermakna aku akan terus goyang kaki, tanpa mencari kerja. Apa yang pasti sudah berpuluh-puluh jugak permohonan di buat, tapi masih belum rezeki macam yang selalu orang cakap. Iyelah  sangat kan… kalau kita tak berusaha mana ada rezeki nak datang gedebuk bergolek atau duit turun dari langit kan…- Syirik lah kalau percaya macam itu.

Dalam dilema jugak kan bila ada suara-suara yang cakap itu dan ini terhadap aku yang dah nak kahwin tapi belum bekerja. Untuk suara-suara itu termasuk saudara-saudara terdekat juga, ini jawapan saya;

“ sebenarnya saya juga turut merasa bimbang dan gusar kerana masih belum bekerja membantu mak dan abah sebab dah nak kawin pada febuari depan. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak pernah mengumpul wang atau menyimpan duit walau sedikit pun untuk membantu mereka. Jangan kerana saya masih belum bekerja secara serius kalian menuding jari seolah-olah saya ini hanya tahu menyusahkan ibu bapa saya. Dan… dan.. kalaupun kalian tak pernah tahu saya bekerja atau tidak, kalian tahu ke bahawa saya tidak pernah memberi ibu bapa saya duit?” ok sila jawab sendiri.

Bukan kerana emosional atau apa tetapi ini juga bukan kehendak aku. Rasanya terlalu dalam kalau nak cerita panjang lebar atau dengan lain kata lecehnya semua benda nak orang lain tahu kan (sedikit tersinggung). Bagi aku, selepas selesai masters memang aku nak bekerja, cari pengalaman mengajar dan mudah-mudahan ada rezeki mengajar, tapi bila belum dapat kerja, itu tak bererti aku tak pernah usaha kan. Kalau nak dikatakan mintak cop sijil semua, dah lebih dari 100 keping agaknya. Duit pos laju beratus-ratus dah habis kot. Tak kan semua itu aku nak cerita kan… otak saya masih ‘waras’ lagi ok…

 

Pasal tanggungjawab juga aku sedikit melihat fenomena- Maklumlah selepas hari raya kan. Cuba kita fikirkan, wajarkah seorang anak telefon setiap hari tanpa menjenguk ibu bapanya di kampung halaman. Ya, memang aku tak tahu lagi situasi aku akan datang macam mana. Tetapi realitinya aku sendiri sudah nampak bahawa sang anak hanya kerap menghubungi ibu bapa melalui telefon tanpa pulang menziarah mereka. Adakah sama suara di talian dengan salam seorang anak yang menziarah keluarganya?

Kesibukan memang kerap dan acapkali menjadi mangsa ‘dipersalahkan’ oleh sang anak yang kononnya tak dapat pulang. Kasihan kan si ibu. Kalau ada pun pulang, jarang sangat. Jika pulang pun kadangkala, anak dan isteri (menantu) tak mahu ikut (ini kalau anaknya lelaki). Itulah realitinya. Aku berkata begini sebab aku dah lali dengan fenomena persekitaran kampung halaman, lebih-lebih lagi tinggal di rumah bersebelahan atok ki dan atok wan. Memang wajarlah setiap kali hari raya pasti ada saja cerita anak tidak pulang kampung. Apa perasaan mereka agaknya ya? Ini terkecuali mereka yang tinggal di luar negaralah, namun ada juga yang di luar negara sanggup pulang kan. Itulah, semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab dalam diri kita sendiri.

Akhir kata, maaf zahir batin andai ada pembaca senyap (saudara mara) yang membaca entri ini. Sesungguhnya saya tidak ada maksud lain selain hanya mampu menjawab perkara itu. Dan jika ianya benar sekalipun, ‘kamu’ harus mendoakan saya bukan membawa atau menjaja cerita di lebaran yang mulia ini.

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin

 

-nurulfika dalam dilema ;( )

Esok

Esok…

Ada apa dengan esok?

1) Esok Khamis bersamaan 26 hb

2) Esok Hari Ke 16 umat Islam berpuasa

3) Esok En Dato balik dr Induksi

4)..uhuhu esok En Dato exam untuk sah jawatan…

semoga kamu berhasil dengan izinNya..

*************************

Entri kali ini sedikit emosi. bukan emosi marah tapi lebih kepada kesedaran untuk diri sendiri. sesiapa yang nak baca boleh teruskan dan sesiapa yang rasa dah muak, tak mengapa 🙂

****************************************

ok saya sedar esok dah masuk Fasa 2 bulan Ramadhan..cepatnya masa berlalu. dah nak habis Ramadhan..

Dah 15 hari Ramadhan berlalu, tak tahulah tahun depan jumpa lagi atau tak.

Yang pastinya InsyaAllah tahun depan dah berubah status..

aha…

1) dari seroang yang single kepada double ( in mean dah hidup berdua) InsyaAllah

2) dari ada satu family dah ada dua

3) dari belum kerja mungkin tahun depan dengan izinNya dah ada kerja tetap 🙂

4) macam-macam lagi kemungkinan…

1-3 di atas pun mungkin boleh jadi atau tidak dengan kuasa Tuhan..

aku cuma boleh berharap yang terbaik dariNya sahaja.

Syahdu… syahdu sangat. lebih-lebih lagi dengar Imam tadi tersekat-sekat sebab sebak dengan kesedihan mungkin sebab bulan ini dah nak habis. Sebak bila baca Inna Anzalna…

Aku? perasaan aku pun turut berubah dengan keadaan itu. subhanallah…bagi aku terbaiklah Imam tadi sebab sedikit sebanyak dapat memberi kesan perasaan kepada makmumnya…

mudah mudahan perasaan ini kekal.

tak tahu jumpa lagi tak ramadhan tahun depan.. usia meningkat, dosa pun meningkat ;(

sedih…

**********************

Ok saya harap En Dato’ saya lulus exam esok dan dapat sah jawatan. paling tidak dia dah kerja 🙂

aku juga merindui insan bernama Didie

Apa kata….??

Gambar hiasan…

Apa kata orang jika degree holder tak kerja?

Apa pula kata orang jika degree holder kerja sambilan?

Lagi cuba kita fikir kalau degree holder jaga anak dekat rumah sahaja?

mesti orang cakap mcm ni…

1) buat apa belajar pandai2 kalau tak kerja

2) bazir duit je belajar dulu

3) dah penat belajar tak nak kerja???

4) degree gantung kat dinding je ke?

5) tak bosan ke duduk rumah? mcm tak ada kehidupan sendiri je..

6) nanti susah kalau ada apa2 (masalah rumah tangga). mana nak tanggung bila kena hidup sendiri?

7)

8)

9)

10)

***********************************

ok ini antara jawapan org ramai..

tapi…

eh….

jgn salah…

bukan penulis yang berniat tak nak kerja..

saje ambil pengalaman dan berkongsi cerita

mungkin sebab penulis dan sedaya upaya mencari kerja tetapi masih belum jumpa yang sesuai..

lebih tepat atau boleh dikatakan…

JIWA KACAU…

p/s jgn nak mengarut cari kerja lain sedangkan kontrak habis bulan 9… ingat tu..

ok fine… tetiba rasa nak kerja ofis

~end~

LAVENDER!!!!!!!!!!!!!!!

cantik…nyer….

ok byk gambar dr cerita…

sy dah decide mahu wrna ini sebagai tema…

sbb…

sbb…

abah dah pilih 1 wrna yg dia suke yg boleh match dgn wrna ini. mula2 tak nak wrna ni tp sbb abah dh suke sgt siap test2 n ambil sampel wrna rasa sy harus mengalah… eheheh.

dan dah survey…

ini wrna sy nnti…


so dh boleh nk beli beberapa brg yg berkaitan dgn wrna ini..

sy hepi sbb abah hepi…

sayang abah dan mama!!!!!!!!!

Lavender wedding…

“Lavender wedding tidak hanya membawa kesan anggun, tapi juga mampu menghanyutkan Anda pada suasana yang tenang,nyaman, hangat, dan bersahaja. Mengangkat warna lavender sebagai warna utama lalu dipadupadankan dengan warna lainnya bukanlah hal yang mustahil. Misalnya, warna lavender akan lebih terlihat romantis jika dipadupadankan dengan putih.

Bisa juga memadupadankan lavender dengan coklat jika Anda ingin mendapatkan kesan “membumi” dan mencerminkan kedewasaan Anda dan pasangan. Berbeda jika Anda menginginkan kesan pernikahan yang ceria, girly, namun tetap romantis, bisa Anda padupadankan warna lavender dengan pink pada dekorasi pernikahan, kad undangan”…

EOP

EOP… ini nama panggilan adik aku yang kedua iaitu anak ketiga. nama sebenar ASYRAF..

hari ini nak cerita pasal dia ni. OK semalam baru balik ke KL. hari ini dah rasa bosan. tak ada kawan. dekat rumah Ajik ada. tapi sini… tak ada sapa2.

ok lah semalam masa otw ke rumah kak nani ( dlm KTM) mak call

mak: ada berita kurang baik. eop suspek denggi…

nurul: pulak… habis cemane? dah tahu ke?

mak: belum, kawan dia hantar ke klinik. baru nak amik darah. badan dah panas sangat. 37’c …

nurul: (dlm hati) mak oi… boleh jd kes lain ini.

habis mak nak p pasir gudang ke?

Mak: haah. mak tak pergi mengajar hari ini. dah hantar persediaan kat sekolah. nanti senang kalau cikgu nak ganti

nurul: habis abah tak keje ke?

mak: abah nak mintak off half day. habis cemane… eop dah nangis2 kat sana. dah muntah2… mak risau. ajik kena pergi sekolah jugak. praktikal tak boleh ponteng. tak apa, mak dengan abah urus semua…

nurul: (dalam hati) terharunya…. inilah namanya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan bapa.

ok lah, nanti kalau ada apa2 mak bagitahu tau. kita boleh balik. tolong apa2 yang patut. lagipun kerja kita kan guna email je. mak jangan risau lah.kita byk2 doa ye

mak: haah ye lah. tak apa. urus hal along dulu. kat sini mak boleh urus. betul. selesaikan urusan kat UKM dulu ye.

………………………………………………………………………….

…………………………………………………………..

…………………………………..

Talian tamat dengan salam.

Eop adik aku dah kerja dekat syarikat western digital kat pasir gudang dan menetap kat sana.

hari isnin malam dia balik dlm keadaan demam dah. tp dah p klinik panel ofis dia. dia ni baguslah jugak. tak sempat nak jd penanam anggur dah dapat kerja. tahniah lah. abg dengan kakak dia pun belum kerja lagi… huhuhu

selasa dia lepak je kat rumah. selasa malam hantar dia balik sebab rabu petang dia keje. dia ni kerja shift 12 jam… gile tak ingat.. kalo aku memang tak mampu. dah sebulan lebih la dia kerja.

hantar dia mak suruh aku dengan ajik sume ikut. ajik ganti drive dengan abah. aku banyak tido je… ehehheh

sampai rumah 3 pagi…

sebelum tu. dah sampai benut dalam area 2 pagi lebih la kot  ada 1 kisah lagi

Abah : eh ni wallet sape? ( tanya pada Ajik) sebelah driver

Ajik: tak tahu, bukan ajik punya….

nurul: bergegas bangus dr tido ( sebab baring belakang mak)

Mak: jangan2 eop tak?

nurul: haah eop punya….( kenal)

abah: Eop ni… cuai betullah…abang tengok dlm tu ( suruh ajik)

ajik: semua ada ni bah… ic, lesen, kad bank…

abah: ish budak ni… sabar je lah. dah la tak pe. esok je kita pikir cemane. abah tak larat dah ni.

………………………………………………….

eop ni memang cuai sikit. suka letak barang merata. tak kanlah kami nak patah balik. aduhai… eop2. balik isnin pun ubat tinggal kat rumah sewa. cemane ntah…

dia mmg baik lah tp dia cuai sikit.

ok dijadikan cerita sbb semalam dia dah demam teruk sangat jadi bah bawak balik rumah. stay kat sana dr tgah ari semalam sampai malam.

sampai pun dah lewat. sian abah…

tapi nampaknya demam dia makin teruk hari ini.

mak tepon pagi tadi cakap pukul 4 pagi hantar klinik lagi sebab terlalu panas. suhu naik sampai 38’c…

risau jugaklah…

kesian mak. hari ni kelam kabut nak urus rumah, sekolah lagi, eop demam lagi…

rasanya macam nak balik. serius… harap2 eop cepat sembuh. Dr dah sahkan bukan denggi.. tapi tak tahulah kenapa teruk sangat. mungkin sebab kerja shift 12 jam malam kot. dia tak tahan.

esok dah jumaat, ahad dah konvo. kalau semua jaga eop nampkanya konvo kali ini aku dengan kawan2 je lah..

tak apelah, dulu pun dah konvo kan…

harap eop ok…

p/s:  pernah tak rasa macam tak suka duduk rumah org lama? ( tak da kaitan) ehehehhe

nurulfika sedang berkecamuk~~~~

jom buat task yg Dr bagi utk jurnal ke 2 🙂

Pernah tak?

hari ini macam dah genap 2 bulan aku kerja as RA yg ala-ala part time sebab gaji half . tak ape. cume… aku dah jemu dan muak dengan jurnal ni. tapi bak kata mak ” dpt gaji xjemu pulak” eheheheh. yes mom you always right (^_^).

Bosan… serius. pernah tak korang rasa kadang- kadang apalah nasib korang sampai susah sangat nak dapat kerja yang korang nak. mungkin ada setengah tak sebab dan confirm akan kerja dengan jabatan atau penaja korang.

tapi aku… apalah agaknya bala atau dosa agaknya ( aku kategori sendiri) yang aku dah buat sampai susah sangat kot nak dapat kerja yang aku betul-betul suke which is yang keje idaman aku sejak dulu.

tapi… ada tapinya…. bila fikir2 semula, patutlah kot sebab aku memilih. eheheheh. ye, memang aku memilih. aku tak nak kerja yang aku susah nak gerak sana sini. maksudnya yang kena buat banyak benda. contoh ADMIN..

hal pentadbiran aku kurang sangat suka. ye memang sangat kurang dan tak pernah pun termotivasi untuk bidang tu. BUT… busu ada suggest supaya aku try. just try it…

TRY je??? tak nak lah TRY menerai ni. aku nak keje, keje betul2. tak nak lah nanti tetiba berenti sebab tak suke. tapi bolehlah kot. nanti aku timbang2 kan ye.

Sekarang ni dah mula rasa amat kebosanan. lagi-lagi bila ada coursemate yang dah KERJA… diulangi DAH KERJA. sekali interview je dah sure kerja.aku??? salah aku jugak, ada interview tak pergi. dah melepas 1. tak pe, memang bukan rezeki aku. lagipun aku macam xsedia emosi semua bagai nak fikir pasal kerja. ha sekarang ambik…kan dah bosan. ye memang aku bosan..

aku nak kerja yang mengajar, buat silibus sendiri dan ajar budak2, tak kiralah peringkat mana (yang aku mampulah). then, bila deoang ada masalah refer kat aku dan aku try to solve the problem. aku nak kerja macam tu. aku rasa otak aku akan lebih aktif berbanding ajar je manjang dengan buku or silibus yang ada.

eheheheh melampau nya lah kan. ada ke? ada, aku tahu ada. aku cuma nak bantu pelajar belajar bahasa dengan lebih baik dan berkesan. yela, walaupun aku tak dalah mahir semua bahasa kat dunia ni atau sikit2 bahasa yang famous mcm Mahadzir Lokman, tapi aku nak cuba jugak.

OK2. dah, nak buat jurnal balik..

banyak dah bebel pagi2 ni.

nurulfika yang bosan~~ heuuu

Nothing!!!

ok, aku dah buat keputusan nak konvo bila busu cakap belajar susah-susah bila nak rasa kepuasan.

tak lah. sebenarnya aku rasa tak ada apa yang lebih bahagia selain daripada dapat kerja dan dapat tolong mak abah. bukan sebab mereka tak mampu tapi aku rasa dah tiba masanya aku pulak kerja nak ganti tempat mereka untuk bagi peluang adik-adik sambung belajar.

itu je. tak ada yang lain. kumpul duit sikit-sikit untuk hantar mak abah pergi umrah ke dan aku sendiri yang memang nak sangat pergi. tempat yang selalu aku rindu. rindu bila dapat pergi.


sebenarnya aku tahu dah sebulan lebih tak update blog. tak kisah pun. malas taip, malas fikir. yang aku tahu aku siap… siap tulis jurnal. itu je target aku untuk masa sekarang ni selain apply keje.


dan satu lagi, aku tak kisah kalau korang ( yang baca blog aku) buang aku dari list atau link kat blog korang. sebab bukan aku berlumba atau apa-apa pun. sekadar berkongsi dan bercerita je.

cuma aku nak cakap 1 je.. walaupun mula-mula rasa tak nak konvo tapi akhirnya dah beli baju jugak.. ehehehe.


ok itu semua tak penting….

sume tak penting….


yng penting ialah






……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………



JURNAL AKU SIAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


AKU CEPAT DAPAT KERJA

Previous Older Entries