:: Banyak Pulak PERISTIWA ::

Banyak pulak kan peristiwa nak dekat2 hari raya n semasa raya serta selepas raya. semuanya pasal raya.

Ok, entri kali ni byk nak cerita tapi mgkin akan diringkaskan je la sbb xlarat nak taip. kalau cerita dengan didi dh berbakul2 dah, heheheh.

17/9 : Gerak dari Bangi ke Seremban utk pulang berhari raya 😉 didi hantr smapi komuter ukm n terus ke seremban. tiket kol 12.

Abah kata dalam kul 4 dia nk dtg amik sbb dia xnk rest tghari. nak balik same2 kat umah so abah bajet masa gedebak gedebuk aku smpai kul 4 kot. tapi sampai awal. xsampai kol 3 pm lg dh tiba kat BP.

sebab sampai awal, suh ajik amik kat bus stop. so ajak dia p BM mall, jenjalan. otw dlm keta, ada 2 lori bomba lalu. ade umah terbakar kat kg belakang BP mall tu. sian dia, dh dekat nak raya pulak.

window shoping kat sana. gitu gini ajik beli baju raya plak. tshirt converse wrna ijau.haish, ijau lagi. nasib dia tak suh aku bayarkan.

sampai umah gitu gini, dah buka.

malamnya: gerak dr umah pas azan isyak. abah nak p pasir gudang amik eop plak sbb mak xbg dia balik naik moto. trawih kat msjd mane ntah.lepak giler, tp still nk nyibuk ikut.

dlm kol 1 pg kot smpai Pontian n terus sahur kat kedai depan hospital pontian. mak dh nantok2 [sian mak]. nasib ada byk driver, so blh gnti2 dgn abah.

18/9: dah sibuk2 kemas umah sbb sume dh balik. tahun ni xda sibuk2 nk buat biskut raya sbb mcm malas nk buat. beli pon xbyk. so buat kek je.

19/9: pg2 lagi kol 5 cik lim dgn busu smapi dr KL. pagi tuh p amik langsir kat umah kak ani.

pastu aku, eop, ajik mcm besa kena anyam ketupat n isi smpaila siap. mcm biasa, mak akan ckp kitaorg kena smpai basuh sekali periuk ketupat tu. adei…lepak gile mcm ni. tp seronok.

DSC00234 ni eop yg khusuk buat ketupat

DSC00233

kitaorg bt keje xpnah xsepah 😉 ngeee

malam: ajik kena pasang langsir, mak plak jahit badan langsir. tiap2 tahun gini.heheheh. faiq isi kueh n aku trtdo dpn tv…heheheh, jgn marah ek adik2. penat ah buat keje umah.

20/9: Hari raya….

gembiranya rasa, spt yang dikatakan umat islam gembira sambut hari kemenangan..

ok, tp sedih sikit sbb ni 1st time baju raya xsiap. huuhuhuhu.. jd terpaksa pkai je baju hijau yg ada.

faiq plak bt perangai xnk beli baju raya, so dia pkai baju raya 2 tahun lepas.

DSC00257 gambar ni kabur sbb ajik bt aksi kot.heheheh

spt biasa, pg tu raya umah atok.

21/9: raya umah mak ngah n pakcik2 abah je yg dekat2

22/9: raya umah cik se dgn mak ngah, busu, cik lim n kbtln mak long smpai dr seremban.

petang p raya umah sedara yg jauh2 sikit.

ada budak kecik umur 6 tahun mulut laser tepis muka aku, n cermin pecah. adei…duit lg.

sungguh xsopan bdk tu. tahun depan aku nak zass dia plak time raya. kakakaka

malam: p raya umah sedara lg @ adik beradik atok sbb esoknya abah dah keje.

23/9: umah kene serang dgn sedara mara yg terlalu ramai. ajik plak bwk schoolmate dtg umah. xmenang tgn.

pastu ada anak sepupu sepahkan umah. faiq mcm dh ngamok2 dah. tp ttp sbr sbb tamu kan…

pelik sbb sepupu aku tu langsung xmarah anak dia sepah2 kan umah wp dh tahu ade org nk dtg. geram!!!

24/9: xp mane2 gak sbb sedare mara dtg.

25/9: soffie excident lnggar bas kat tongkang pecah. ptg tu dlm kol 3 pas dpt tahu gegas p hospital. teruk gak muka dia tp syukur xteruk sgt cuma tgn je retak.

26/9: lepak2 je kat umah. kemas2 brg sbb dh nak balik

27/9: pg gerak p pasir gudang hntr eop, pastu p jb hntr ajik.

ptg gerak balik bangi. smpai kol 10.sian mak dgn abh lg penat. deorang smpai umah kol 1256.huhuhu.syukur semuanya selamat.

raya memang seronok tapi letih. rasa badan sume sakit2 je. hehehhe.

29/9: pg td dpt berita adik tok wan meninggal. raya yg lepas la sempt jmpa dia. meninggal kol 1 pg. yg hidup ttp akan pergi. al fatihah buat Tok Jah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala amalnya di dunia menjadi bekalan di sana kelak.

sedih xdpt balik sbb dh xsempat. kalau balik pon xsmpat jumpa sbb dh nk kebumikan pagi tadi…

Ini hari raya yang terakhir jumpa tok jah…

Al fatihah…. ;-(

Advertisements

:: Oh GIGI ::

Oh gigi ku… kenapa kau jd begini… ;-(


adakah tanda2 aku sudah tua? kau nak mereput?


aku minum susu…knp kau begitu.

ah, sedih…. ;-(

kalau ada kawan dentist kan senang. boleh rujuk dia. tapi tak ada ~ hilang arah


harus ke klinik gigi dengan segera.

aku xtak nak kau rompong GIGI

dentist2

4093dentist

:: PUASA ::

Diam tak diam esok dah nak masuk hari ke 22 umat Islam berpuasa. Masing-masing sibuk dengan amalan masing2 yang dijanjikan ganjaran berlipat ganda.Insya Allah, ada habuan untuk setiap amalan kebaikan di bulan penuh barakah ini.

Kali ini aku terpanggil untuk membuat entri tentang PUASA seperti mana ibadah yang kita semua lakukan (hanya umat Islam sahaja) pada bulan ini. Alhamdulillah, terpanggil aku untuk membuat entri ini ketika berkunjung ke bazar Ramadhan dan ke sebuah kedai makan di seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Atas dasar kemanusiaan jugalah entri ini di lakar buat coretan pembaca yang sempat singgah ke blog ini.

Selepas ke Warta bersama jiranku didie, kami ke bazar. Hajat mahu membeli Roti John dan Didie masih berfikir2 tentang juadah berbukanya. Sampai sahaja ke lorong pertama, kami nampak 2 orang pemandu Bas KIFFAH iaitu bas carter UKM. Dengan pakaian seragam purple oren itu mereka membeli juadah. Aku mengimbas kembali akan pengorbanan seorang pemandu yang pernah terserempak dengan aku ketika di salah sebuah kedai runcit di Zaaba semester lepas. Insan yang lebih sesuai dengan umur itu bolehlah dipanggil sebagai ‘Pakcik’.

Seorang Pakcik ini telah membeli sebungkus roti aku kira ketika ke kedai (masa ini belum puasa lagi). Rasa sebak dan kagum akan disiplin yang cuba ditonjolkan itu membuatkan aku terpanggil untuk membuat satu pemerhatian.

Ya, sesungguhnya pakcik itu sedang menjalankan tugasnya memandu bas 6Z ketika hujung minggu. Ketika itu jam sudah pukul 12. Apabila difikir2 logik pakcik itu beli roti mungkin juga dia rasa lapar tetapi hendak berhenti rehat sudah pasti akan menyebabkan pelajar2 yang menaiki bas tidak dapat ke perpustakaan mahupun ke komuter.

Ya, aku kagum dengan beliau. Beliau jugalah aku pernah nampak duduk di hentian bas dengan memakai baju sejuk pada pukul 10 malam untuk mengambil penumpang terakhir. ketika itu hari hujan. Aku sedih melihat pakcik itu. Ya, aku tahu walaupun mereka diberikan gaji tapi keadaan dan situasi sedemikian membuatkan aku terpanggil berfikir tentang pengorbanan seorang ayah aku kira untuk keluarganya, serta tanggungjawabnya sebagai salah seorang yang membantu mahasiswa UK M ini untuk mencapai impian masing2.Cuba bayangkan jika ayah kita yang berada di tempat beliau….sayu hati ini.

Kembali semula cerita di bazar. Didie ada ungkapkan sedikit pernyataan yang mengatakan bahawa pakcik2 bas KIFFAH ini jugalah yang sanggup berkorban berbuka di tepi jalan….

Aku sayu lagi… Ya aku tahu. Tatkala azan bergema di bumi UKM ini, semasa itulah mereka membuka plastik ‘keresek’ yang berisi air, kuih ataupun makanan lain sebagai juadah berbuka untuk mengisi perut sementara.

Tatkala itu, ada juga insan yang sedang bergembira berbuka dengan ayah di rumah, makan bersama keluarga tercinta sambil berbual-bual. Tetapi pakcik2 pemandu ini hanya bertemankan kawan2 tanpa suka dan tawa anak-anak dan masakan sang isteri. Terharu…. ;-(

selepas mendapat apa yang kami hajati, kami menuju ke kedai citarasa timur di 15. Aku teringin sup dan nasi putih untuk dibawa pulang. didie hanya minum bandung ais dan aku bandung suam untuk berbuka.

Di bahagian kanan meja, kelihatan pula seorang lelaki 30-an sedang duduk di hadapan hidangan untuk 6 orang. Hatiku tertanya-tanya, mana lagi 5 orang?

Juadah tersebut ialah

1. ikan 3 rasa

2. telur dadar

3. tom yam

4. sayur kailan

5. nasi putih dan dua jenis air (dalam 2 jag).

Kasihan dia menunggu kawan-kawan yang lambat. tiba2 datang 5 orang yang lain yang aku kira mereka ini bekerja sebagai pekerja kontrak. Dengan pakaian sahaja kita sudah pasti dapat meneka.

A: “Aku rasakan d, bos dia belanja buka puasa kot”.

D: “Mungkinla kot”.

Aku hiba. sekali lagi hiba…ya mungkin ada yang beranggapan aku sensitif tapi dalam keadaan mereka yang minum air 2 gelas dan makan dengan pakaian sedemikian, aku dapat rasakan tahap keseronokan ketika mereka berbuka puasa. Nikmat barangkali. Tidak kurang juga dengan ucapan ALHAMDULILLAH dapat berbuka sedemikian. Melihat dari gaya dan cara 5 orang tersebut aku dapat rasakan bahawa mereka ini golongan sederhana. Dengan pendapatan yang hanya cukup2 untuk menyara keluarga, mereka juga mungkin jarang berbuka puasa dengan hidangan itu.

Aku harus beri pujian kepada bos mereka. Memahami erti puasa bagi seorang pekerja kontrak yang telah seharian membanting tulang. kebetulan cuaca di Bangi hari ini panas terik. Aku juga rasa bangga dengan mereka. Walaupun pekerjaan yang mereka lakukan berat, namun kereka tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM. tahniah pakcik dari saya yang tidak dikenali.

Untuk hari ini, walaupun hanya beberapa jam sahaja aku keluar, aku dapat belajar berbagai-bagai perkara yang aku kira sangat penting dalam mengajar apa itu erti kehidupan lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.

Wallahualam…Selamat meneruskan ibadah puasa 😉

Menikmati Hidup

Dah 3 minggu berturut balik rumah…ngeh3.

ye, mimggu 1 balik untuk sambut puasa.

minggu 2 balik sebab merdeka.

minggu 3 balik tak ada sebab tapi saje nak balik, alasan : mahu tukar keyboard laptop. tapi tak berhasil juga.minggu ni xbalik dah.

bagi mak peluang jahit langsir dengan jayanya..hehehe

Dari minggu lepas semua kerja xberes, saje sbb malas.

Khamis : lepas kelas ke Low Yat dengan didi, dapat casing laptop 1.

nanti letak gambar casing yg cute tu ~ jgn marah didie.hehhehe

Jumaat : petang dah gerak balik rumah.berbuka kat rumah lagi, seronok!!!

Ajik dan Faiq pun same naik, balik jugak dah 3 minggu berturut2 ni.

Sabtu : Mak ngajar, aku teman abah p Pasir Gudang tengok Eop.

Padahal baru 2 minggu xbalik kan. Sah anak abah eop ni.

Sambut puasa jugak budak ni 2 minggu lepas dengan kitaorang semua,

tapi abah cakap dah lama xtengok dia.

sampai dalam kul 11 sbb 2 x berenti. shopping kat Tesco. eop pau abah

macam-macam.cet..gagaga. sampai rumah kul 6 ~ lepak.

Disebabkan penat, malam itu buat terawih 8 jek. adik2 sume ejek,

~dia tak tahu aku penat.

:: Hari ini buka di rumah atok juga. masuk ini sudah 2x buka dengan atok ::

Ahad: dah ahad dah. kejap je rasa enjoy kat rumah.

kemas2 packing2 barang sume n balik. P JB dulu hntar Ajik, petang gerak p Merlimau n Bangi. sampai UKM kul 1201 pagi…adei…

Minggu ni tolongla cik afiqah…..buat semua tugasan yang ada, xda balik2 kampung lagi ok. balik raya je nanti.

Plan ke rumah busu pulak minggu ini. giler punya enjoy kan..haish…xde matlamat langsung.

ok nak start buat stilistik ni. Pagi tadi xsahur, so xde tenaga ;-( saje je kan cari alasan bermalas2 lagi. hehehhe