❤ No Plan ❤

Lama betol xupdate blog ni. Hampir seminggu gak la.

Busy sgt2 dgn research, assignment (yg xpernah habis), latihan, esei lagi… adoi termasukla projek BLiS tu.

Sgt2 sibuk minggu ini.

sume benda jd xsempat nk buat sbb bersusun esaimen yg nk kena submit.

Macam2 hal plak… kena tlg bt itu & ini… Kdg2 mengeluh gak tp xbaik…

Tapi hari ini dah sabtu… kejap je rasa dpt setelkan sume bnda dlm minggu ini esp data utk research.

Utk makluman semua aku dh tamat kontrak utk research n bln 3 ni aku dh xkeje lagi & jd student mcm biasa. Mgkin bln 5 sambung lagi tp xtahu la jd @ tak. Kalo bos suruh isi borang isi la, kalo xpun xpe la =)

Walaupun aku mcm jeles tgk kwn2 lain yg masih ade kontrak tp aku hepi je kalo jd student full time. Xla terkejar2 masa nk bt 2 bnda dlm 1 mase.

Hari ini memg xde plan ape2. Cuma nk siapkan tagging je n submit kat pengurus.

Utk kwn2 yg balik kg minggu ni, bergumbiralah anda sebelum membuat tugasan yg byk. hehehheh =P

Advertisements

Tagging & Korpora

Minggu ini merupakan minggu seksaan bagi geng2 e-BLiS sbb kami terpaksa membuat tag bagi subkorpus istilah yang dipilih.Sangat memenatkan dan rasanya sampai nak tdo pon mesti akan fikir benda ni kalo xsiap.

Aku??? Terpaksa Tag istilah EKONOMI yang terlalu byk bahasa BOMBASTIK tu.

Aduh…sangat sakit bila melakukan tugas ini =( sbb sgt cerewet.huhuhu

Peringkat2 pembinaan korpus dapat dikategorikan mengikut peringkat spt dlm gambar ini.

huhuhu, masalah bertimpa-timpa bila Tag istilah ekonomi ni.

Tapi aku dh discuss dgn Kak Dayang & Kak CT ( Tutor Unimas tu) dan kami dh tetapkan ape yg nk di TAG N x TAG…

Harap2 nya aku n the gang dpt siapkan Tagging ni.

Wish me luck =)

Menu Minggu Ini

Dalam minggu ini rase mcm2 benda nak makan. berckp pasal mkn memg xleh nak elak. Kalo dah teringin kena gak dapatkan ape Fav dish tu. Wajib!!! Tak boleh tidak.memg wajib dapatkan.hehehe =p
Semalam ke PTSL n rase mcm nk makan kebab, Jadi dapat makan kebab. Kat dlm Zarr Bakery tu ternampak plak ade blueberry cheese cake…Alamak, tergodalah plak..Nyum nyum cedapnya…
Kenapala dgn aku ni…sume benda teringin. Masalah jugak aku ni. Adoi.
Ni makanan2 yg memg jd idaman sepanjang minggu ni

1. Kebab


kebab dh dpt makan semalam, so dah lega sikit =P. Kalau tak teringat2 jer.

2. Mushroom Soup

Menu ni dh rase teringin plak sebab Kak Wee ade bg resepi. Tak sabar nk cuba tp masalhnya xda periuk belanga dok kat kolej ni. Sedih ='(
Xpe2, bila balik kg nti nk cuba gak buat even xtau lagi bila nk balik umah.

3. Puding Gula Hangus

Yg ni pun teringin gak coz Kak Dayang mcm asyik sebut2 jer… Aduh, semua org asyik sebut pasal makan je. Tergoda jugak aku. Tp xtau mane nk cari. Kalo bln Ramadhan bolehla cari kat bazar. Ermm kena bt gak bila balik nti. Xpe2 sabar ye =)

4. Tat Telur


Yg ni kena dptkan jugak sbb ade jual kat kedai. Erm…kena gi Kajang Pak Malau jugak. Gi baker cottage kat Metro Kajang tu. Adoi…Wajib gi Kajang dlm minggu ni la nampaknya. hehehehe. Utk kwn2 ku…jom teman aku gi Kajang minggu ni.kikiki =P

5. Cheese Cake

Ha, yg ni lg wajib dapatkan gak minggu ni. Tak kiralah cuma dptkn kat Zar Bakery Pusaneka pon, tp jnji dpt makan.hihihi.
Cakap pasal cheese cake ni, rasenya kena beli buku resepi chef Wan ni. Ade resepi dalam tu. Nk cuba bt sendiri jugak. Xkira, xkira…kena jugak..



Dapat gaji RA bln ni nk kena beli buku resepi Chef Wan tu.
Dah plan awal2 =)

memg tak boleh elak bab2 makan ni…=p

Mengapa Yahudi Bijak?

Saya ingin berkongsi artikel menarik ini, cuma pada pandangan saya, ada beberapa kontradik di sini. Dr Stephen Carr Leon, sepatutnya berbangsa Eropah atau US, tetapi contoh yang diberikan adalah di Jakarta, bukan di kota-kota di sebelah Barat sedangkan Tesis beliau dikatakan berbahasaa Inggeris. Berikut adalah serab sedikit ttg penulisan tesis beliau.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) atau dalam BM nya bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Daripada artikel menarik ini sama-sama kita fikirkan. Benar ataupun tidak Allah sahaja yang mengetahuinya =)

Wallahu’alam

❤ Minimalis & Wacana ❤

Minimalis satu program atau pendekatan terbaru TG dalam Syntax @ Sintaksis.

Sintaksis merupakan satu bidang dalam Linguistik yang mengkaji bagaimana bahasa dibina dan ditulis dalam satu ayat yang dibina berasaskan perkataan dan frasa.

Secara umumnya bidang ini merupakan satu bidang yang memerlukan penerapan teori. Ada yang beranggapan sintaksis yang menggunakan Teori TG merupakan “kongkongan” kerana penghuraiannya adalah secara tidak semulajadi seperti “bahasa lincah” dalam wacana… Tambahan pula, kajian yang menggunakan TG dianggap tidak logik kerana manusia dikatakan akan mengeluarkan seberapa banyak perkataan dengan berjenis-jenis ayat.

Apa yang menarik di sini, setiap teori yang dilahirkan sudah tentu bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang mendatang dalam sesuatu bidang…

Namun TG masih lg tidak diterima pakai meskipun teori dalam sintaksis ini sentiasa diperbaharui…

Menurut Program Minimalis struktur ayat terbentuk melalui operasi gabungan merge yg berterusan dan akhirnya dimapkan atau dipetakan ke dua struktur representasi utk suatu ayat:

o i. representasi yg menentukan bentuk fonetiknya

o ii. representasi yg menentukan bentuk logiknya (aspek lingistik utk makna sesuatu ayat)

Maka sesuatu ayat itu perlu mencapai representasi BF (yg menyatakan cara ayat itu disebut) dan representasi BL (menyatakan makna ayat itu)

Kesimpulannya ialah nahu kita ada 2 aras hasil output iaitu BF dan BL.

Maka derivasi pembentukan sesuatu ayat itu ( iaitu operasi yg melibatkan aturcara pembentukannya) melibatkan satu set operasi linguistik (komputasi) yg. menghasilkan generate struktur sintaksis, bersama dgn set operasi BF yg mengubah struktur sintaksis kepada representasi BF dan satu set operasi BL yg mengubah struktur sintaksis kepada representasi BL.

Namun dalam Teori Analisis Wacana, Nahu Fungsional yang digunakan nampaknya lebih baik dan kukuh dalam menganalisis fungsi ayat atau perkataan yang digunakan…

Pada pandangan aku yang masih dangkal ilmu ini, mungkin Minimalis yang cuba untuk menghuraikan pembentukan ayat dalam leksikon boleh digabungkan dengan nahu fungsioanal supaya sintaksis atau struktur ayat yang ada dapat dihuraikan dengan lebih baik dan berpada.

Mungkin satu hari nanti sekiranya Nahu Fungsional dan TG dapat disatukan. Siapa tahu.

Wallahu ‘alam

✿ ISLAM vs Valentine ✿

Masyarakat Islam kini kadangkala terikut-ikut dengan trend sambutan Hari Kekasih yang diraikan pasangan bercinta pada setiap kali tiba tarikh 14 Februari.

Sambutan Hari Kekasih itu bercanggah dengan akidah Islam dan mempunyai unsur-unsur ajaran Kristian yang dibawa oleh masyarakat Barat serta bertujuan melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam,

Sehubungan itu, umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih yang bercanggah dengan agama tersebut. (Petikan akhbar 6 Feb 09)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam.

Menurutnya, Valentine merupakan nama sebenar St. Valentino seorang paderi di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan merupakan antara orang yang menghancurkan tamadun Islam di negara tersebut.

Justeru itu, jika umat Islam merayakan hari berkenaan ia seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.


~Bersama-samalah kita renungkan~



:: Amazing Race ::

Today is saturday…Hooray!!!

Miss u mom & dad…datangla…datangla UKM.hehhe =)

Lepas bangun kerana tido awal malam tadi terus p basuh baju & sidai. Siap2 sume buat air V.I.C.O = VICO minum + YM dgn Azia kawanku nun jauh di Ireland sana.. hehehh. Saje je kaco dia. Bosan katakan.. Sambil YM sume ttg Faiz kwn kpd kwn2 ku di KI_ _ _ aku pon menaip & buat kerja Dr Fazal. Bercerita ttg Dr Fazal…semalam Dr bg RM 5 kat aku… huhuhu. malu je rase… Sebabnya tak de sbb aku dapat RM5 tu…ceritanya begini…
“Nurul tlg copykan buku Dialek kamu utk sy dan bawakan hari Isnin”. Ni dia sms Dr pdku. Aku pun copy je la dgn andaian itu sebagai tugas as a student Dr n sekaligus RA Dr. Then hari kamis aku hntar ke bilik Dr. “Dr buku ni kira RM 10 je la ye”. Ini kata2 ku wp hrganya RM10.30. Kira halal je lakan 0.30 tu. Aku pon xdela nk berkira sgt dgn lecturer.
Pastu nak dijadikan cerita Dr sms semalam ckp dia dh transfer RM 15 yg lebih dia halalkan…Fuh..aku cemane??? aku mestila nk pulangkan bakinya = RM5. bukan semahal itu la. xkan nk mark up $ Dr plak kan…
Tp aku bls semula… “Dr nti sy pulangkan bakinya”. Dr sms semula ” Tak payah. saya halalkan”.
ok la Dr..( dlm hati je nk bls xckup krdt). BTW tq Dr…=)

Sembang punya sembang Ym plak dgn Faiz bf Azia… okla sume. Dlm 1 lebih lelap plak penat cerakin data n zzzzzZZZZ. Bangun2 solat n lapo plak.

Terus msg Izah… Makcik…oooo makcik makan jom…Alamak izah dh mkn kat bilik ju…

tp…dia nk teman..hooray…

pastu terus p mkn dgn muka laparnya aku ini…

order nasi puteh dgn tomyam..+ air tembikai = byk plak mkn harini.

tgh2 makan ade plak nmpak ramai org lari2 kat kafe dgn topi yg naik basikal tu…ape ntah istilahnya…hehehhehe. (fail aku jd bdk linguistik) =p

tetiba ade sorg hampiri meja aku dgn izah yg sdg mkn… ” kak, boleh tak sy nk mintak 20 sen?”
terkejut gak aku… 20 sen???? ermmm nk bt ape… xbg kedekut plak…bg je la…20 sen je pon. kebetulan ade 20 sen ats meja baki beli air tadi.

Izah sengih je… bg 20 sen n dia ckp terima kaseh pastu aku nyibok tnya..
kikiki. “erm explorace ek?” ” Haah kak. Keris mas punya”

adik tu pon blah.. amazing betul…(dlm hati aku)

heheheheh tu la amazing race… Patutnya aku suh nyanyi td hiburkan aku. aku bg la RM 1 ke..kehkehkeh…

ermm tu la Amazing Race pd aku..hahahaha kena mintak duit plak. btw. gud luck ek dik. smga dpt hadiah =P

Previous Older Entries