:: PUASA ::

Diam tak diam esok dah nak masuk hari ke 22 umat Islam berpuasa. Masing-masing sibuk dengan amalan masing2 yang dijanjikan ganjaran berlipat ganda.Insya Allah, ada habuan untuk setiap amalan kebaikan di bulan penuh barakah ini.

Kali ini aku terpanggil untuk membuat entri tentang PUASA seperti mana ibadah yang kita semua lakukan (hanya umat Islam sahaja) pada bulan ini. Alhamdulillah, terpanggil aku untuk membuat entri ini ketika berkunjung ke bazar Ramadhan dan ke sebuah kedai makan di seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Atas dasar kemanusiaan jugalah entri ini di lakar buat coretan pembaca yang sempat singgah ke blog ini.

Selepas ke Warta bersama jiranku didie, kami ke bazar. Hajat mahu membeli Roti John dan Didie masih berfikir2 tentang juadah berbukanya. Sampai sahaja ke lorong pertama, kami nampak 2 orang pemandu Bas KIFFAH iaitu bas carter UKM. Dengan pakaian seragam purple oren itu mereka membeli juadah. Aku mengimbas kembali akan pengorbanan seorang pemandu yang pernah terserempak dengan aku ketika di salah sebuah kedai runcit di Zaaba semester lepas. Insan yang lebih sesuai dengan umur itu bolehlah dipanggil sebagai ‘Pakcik’.

Seorang Pakcik ini telah membeli sebungkus roti aku kira ketika ke kedai (masa ini belum puasa lagi). Rasa sebak dan kagum akan disiplin yang cuba ditonjolkan itu membuatkan aku terpanggil untuk membuat satu pemerhatian.

Ya, sesungguhnya pakcik itu sedang menjalankan tugasnya memandu bas 6Z ketika hujung minggu. Ketika itu jam sudah pukul 12. Apabila difikir2 logik pakcik itu beli roti mungkin juga dia rasa lapar tetapi hendak berhenti rehat sudah pasti akan menyebabkan pelajar2 yang menaiki bas tidak dapat ke perpustakaan mahupun ke komuter.

Ya, aku kagum dengan beliau. Beliau jugalah aku pernah nampak duduk di hentian bas dengan memakai baju sejuk pada pukul 10 malam untuk mengambil penumpang terakhir. ketika itu hari hujan. Aku sedih melihat pakcik itu. Ya, aku tahu walaupun mereka diberikan gaji tapi keadaan dan situasi sedemikian membuatkan aku terpanggil berfikir tentang pengorbanan seorang ayah aku kira untuk keluarganya, serta tanggungjawabnya sebagai salah seorang yang membantu mahasiswa UK M ini untuk mencapai impian masing2.Cuba bayangkan jika ayah kita yang berada di tempat beliau….sayu hati ini.

Kembali semula cerita di bazar. Didie ada ungkapkan sedikit pernyataan yang mengatakan bahawa pakcik2 bas KIFFAH ini jugalah yang sanggup berkorban berbuka di tepi jalan….

Aku sayu lagi… Ya aku tahu. Tatkala azan bergema di bumi UKM ini, semasa itulah mereka membuka plastik ‘keresek’ yang berisi air, kuih ataupun makanan lain sebagai juadah berbuka untuk mengisi perut sementara.

Tatkala itu, ada juga insan yang sedang bergembira berbuka dengan ayah di rumah, makan bersama keluarga tercinta sambil berbual-bual. Tetapi pakcik2 pemandu ini hanya bertemankan kawan2 tanpa suka dan tawa anak-anak dan masakan sang isteri. Terharu…. ;-(

selepas mendapat apa yang kami hajati, kami menuju ke kedai citarasa timur di 15. Aku teringin sup dan nasi putih untuk dibawa pulang. didie hanya minum bandung ais dan aku bandung suam untuk berbuka.

Di bahagian kanan meja, kelihatan pula seorang lelaki 30-an sedang duduk di hadapan hidangan untuk 6 orang. Hatiku tertanya-tanya, mana lagi 5 orang?

Juadah tersebut ialah

1. ikan 3 rasa

2. telur dadar

3. tom yam

4. sayur kailan

5. nasi putih dan dua jenis air (dalam 2 jag).

Kasihan dia menunggu kawan-kawan yang lambat. tiba2 datang 5 orang yang lain yang aku kira mereka ini bekerja sebagai pekerja kontrak. Dengan pakaian sahaja kita sudah pasti dapat meneka.

A: “Aku rasakan d, bos dia belanja buka puasa kot”.

D: “Mungkinla kot”.

Aku hiba. sekali lagi hiba…ya mungkin ada yang beranggapan aku sensitif tapi dalam keadaan mereka yang minum air 2 gelas dan makan dengan pakaian sedemikian, aku dapat rasakan tahap keseronokan ketika mereka berbuka puasa. Nikmat barangkali. Tidak kurang juga dengan ucapan ALHAMDULILLAH dapat berbuka sedemikian. Melihat dari gaya dan cara 5 orang tersebut aku dapat rasakan bahawa mereka ini golongan sederhana. Dengan pendapatan yang hanya cukup2 untuk menyara keluarga, mereka juga mungkin jarang berbuka puasa dengan hidangan itu.

Aku harus beri pujian kepada bos mereka. Memahami erti puasa bagi seorang pekerja kontrak yang telah seharian membanting tulang. kebetulan cuaca di Bangi hari ini panas terik. Aku juga rasa bangga dengan mereka. Walaupun pekerjaan yang mereka lakukan berat, namun kereka tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM. tahniah pakcik dari saya yang tidak dikenali.

Untuk hari ini, walaupun hanya beberapa jam sahaja aku keluar, aku dapat belajar berbagai-bagai perkara yang aku kira sangat penting dalam mengajar apa itu erti kehidupan lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.

Wallahualam…Selamat meneruskan ibadah puasa 😉

Advertisements

1 Comment (+add yours?)

  1. diyanalicious
    Sep 12, 2009 @ 02:26:17

    tetibe je, kan?

    aku pOng sayu gak bile baca..tadi dah sayu. Neh sayu lagi sekali. Wendhu sama HAJI SAUPI ku itu!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: