~Sang arnab~

Terus berteka teki adakah esok masih duduk di bilik yang sama atau pindah blok lain? Haha malas fikir sebab barang2 memg sangat banyak dan rasa biarlah nak jadi ape pun..

akhirnya membuat keputusan untuk berjalan2 bersama juana azirah aka ju ke Metro point kajang…pastu nak dijadikan cerita ternampak plak booth kecik2 yang memang macam tahu2 je aku akan singgah. sekali tengok2 ade rabbit…cute..heheheh

teringat kat arnab2 aku yang sudah dijual selepas aku masuk UKM. sbb abah kata tak da sape nak jaga n bagi makan…huhu sebab semua orang tak ada kat rumah n abah dengan mak pun sibuk dengan kerja masing2.

arnab kat kedai tu baru berusia 4 bulan jenis Angola. Cute je, macam ngantuk2 je dia tu tapi sebab ada orang datang tengok [sebab yang datang adalah aku kot =)] so dia buka2 sikit mata dia tu. hidung dia mcm putih tapi mcm sikit2 nak warna pink…alahai…kecik2 lagi dah duduk sorang2 dalam sangkar kan. siannya =(]

baru 4 bulan dah nk kena jual kan. itu yang dijual utk jadikan haiwan belaan tapi yang lain2 kat kedai lain ada yang dijual nk jdkan makanan…huhu..pilunya…

bercerita pasal arnab lagi bila teringat kat ex arnab2 aku yg abah dah jual tu mcm nak je bela arnab lagi. dulu memang suka bela sebab macam xda nk buat ape. tapi lepas sambung study semula terpaksa rela la bila abah nak jual semula. dah la arnab tu dah membiak dah. mula2 bela sepasang je iaitu cik ar n cik nab. bila dia serasi asyik nk beranak je manjang sampai kandang yang faiq buat tu pun mcm nk runtuh sebab dia dah besar pastu suka main kejar2. atas kejayaan faiq yang telah membuat kandang yang bertingkat2 itu nampaknya cik ar begitu bahagia bersama anak2 nya yang sudah mencecah 10 ekor…

susah jugak bela arnab ni sebenarnya. bila dia beranak je kena pisahkan dengan abg2 yang lain.bukan nak renggangkan hubungan keluarga si arnab ni tp sebab takut mati terpijak. heheheh.

maklumlah abg2nya sume lincah2 belaka. berlari ke sana dan ke sini. dulu pernah gak terfikir kalo buat bisnes arnab ni bagus. tapi hahahah sapa lah nak menjaga n jd pengurus arnab2 aku semua ini.hmmm.

P1000337

ni mcm gmbar arnab yang kat Metro Point tadi. tadi xsempat amik gmbar.. =)

link pasal kisah2 arnab ni ade kat sini

pasal arnab

hobi membela arnab

pasal makanan arnab ni plak, aku dulu bela bg mkn daun pisang je…heheh. lucu plak rase sbb setahu aku sepjg kecik2 dulu cikgu ajar arnab mnakan lobak @ carrot la…hahahah. salah la cikgu. arnab makan je daun pisang. sebab pkcik yang jual arnab tu ckp dia bg daun pisang. jadi bila sampai umah aku dgn adik2 pon bagi mkn daun pisang.heheh botak semua pokok pisang aku sebab asyik amik daun je.mungkin sebab arnab aku ni arnab kampung kot.heheheh

kalo ibu dia nk menyusuka anak dia pon yang dah agak besar kena ajar jugak.bila dah asingkan tu pastu anak dia dah besar sikit kena letak kat ibu dia. ibu dia pulak kena duduk diam2 biar anak dia tahu. dulu susah nak ajar menyusu sbb ibu dia xboleh duduk diam.haish.. last2 biarlah. pandai2 la ko arnab nk bagi anak ko besar [marah dgn sikap arnab saya itu]

tapi mak ade jugakla belikan dedak arnab utk dia. tp selalu je bekas makanan tu jadi kopak2 sebab arnab tu gigit… sedap kot tupperware tu hahahah.kelakar pon ada bila teringat kisah arnab aku dulu. kalo bagi air dlm bekas yang xikat kat tepi mesti habis kena lanyak.ganas giler.memang pon. ade je yang garang. mata merah je.tgk org yang datang sangkar mcm nk gigit je.pasal kena gigit arnab ni dah selalu dah kena. gigi boleh tahan tajam.

tu semua kisah dulu. dulu abah selalu je kuarkan arnab2 tu dari kandang biar dapat tgk alam kata abah.heheh. pastu bila dia lari kejar2 sume kucing sume pon pelik. mesti kucing cakap plak

“spesis ape ni? Kerabat aku ke ni? telinga panjang je. mata merah plak”

hihihi. seronok tengok dua spesis ni bertemu tau. kadang2 kucing yang berani dia akan datang dekat pastu cuba nak cuit2 telinga arnab tu. tp mcm takut2. mak cakap dia dah mula nk berkawan la tu.heheheh. ye ke kucing? nak kawan dengan arnab sbb tgk depa pelik ye.kucing….kucing…ntah ye je ko ni. ntah2 sbb takut dengan haiwan tu sbb dia besar dari ko dengan kaki pendek tu laju dia lompat sana sini kan. pastu ko mula lah rasa kagum kan + cemburu [andaian aku je ni] =)

sebenarnya memang seronok tau kalo ade haiwan belaan ni terutamanya arnab. sbb dia mcm jinak je dgn manusia. pastu manja2 je.tp ade jugak yang nakal tau.xdgr kata =) suh masuk kandang dia nyorok la kat memane sampai kat bawah keta pon ade. yang ni biasanya jantan. rase terhibur je kalo ada bela arnab.

rasanya macam nak bela semula..heheheh. mesti mak marah kalo dapat tahu. sebab nati xda sape nak jaga lagi.

apepun spesis arnab ni memang aku suka dan sayang sampai bila2 pun…

rindu sama arnab2 yang dulu =(

901719328l

gambar hiasan…

Advertisements

3 Comments (+add yours?)

  1. haniff
    May 25, 2009 @ 15:39:10

    emmmmm…..memang seranok bela arnab tapi nak tahu la…..arnab betina dah boleh bunting pada umurnya yang keberapa?

    Reply

  2. RRJ
    Jun 04, 2009 @ 16:57:42

    Arnabnya lucu lucu.

    Reply

  3. haniff
    Jun 05, 2009 @ 16:53:38

    wow cantiknya arnab ni,macam arnab saya eyyy…..tomenya geram pulak tengok arnab awak…..hu3x

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: