Hari ini dan hari mendatang

Rutin harian seperti hari sebelumnya juga, akan ke PPBL (tempat yang akan ku abadikan dalam jiwa dan hati ini kerana tempat menuntut ilmu dan mencurah budi). Turun sahaja dari bas, bunyi mesej pulak

“salam fikah, ada di bilik ms tak?” – dari kak Gee KUIS.[bilik ms ni bilik ape plak la..bilik master kot]

xsempat balas lagi Kak Gee dah call…

owh, Kak Gee nak datang jumpa aku rupanya. ok la. at least aku ada kawan kat bilik siswazah tu kan. tak de la macam semalam, sorang-sorang je sampai En Ari datang tanya kenapa sorang-sorang… Entahla En. Ari..sume orang dah balik kampung agaknya…

sembang punya sembang dengan Kak Gee, Kak Dayang datang jugak, edi pon ada.Huh lega sebab xdela aku sorang2 hari ni kat PPBL ni. Since didie dah decide utk transkrip data lapangan kat bilik, aku je la yang confirm duduk tempat tu kot sebelum dapat pindah bilik RA [ i hope so]…Kak Ge cerita pasal Kak Azi yang dah balik Australia after tamat master kat cni…Wah, kagum gaji kak Azi banyak la. For 2 weeks, she got —- heheh same macam gaji kat sini utk sebulan tapi itu pun guna ijazah je…wah, bilalah aku nak dapat fly macam kak Azi kan, ikut husband ke sana. boleh jana duit gak & applied ilmu yang ada. Padahal kata Kak Gee cuma ajar anak foreigner je mcm Iranian sume..best jugakla..[ bilalah nak keje macam kak azi tu…]

Sebab kak dyg dah ada kat PPBL, aku mintak tolong hantar aku ke kedai utk membeli 5 biji pendrive, 5 ye…5 tau…banyak. tapi hanya dapat dengan harga RM 59 je…tak pelah 8G pun. lagipun duit research bukan duit aku. kalau kat low yat pun sama gak lebih kurang sebab sekarang ni bukan time dia nk habiskan stok. mahal tapi sebab Dr nak guna awal so beli lah jugak kan. Banyak jugak benda yang aku lalui hari ini, lunch dengan kak Dayang kat Cempaka Rimba sebab tengok PPBL sangat sunyi. tp itu bukan penyebabnya kami lunch kat luar tp sebab edi yang suggest makan kat luar…[mesti sebab dia nk makan siakap tu] bukan aku dgn kak Dayang xtahu…hihihi.

Balik2 je dr lunch + p beli pendrive sume masa nak lalu ke bilik siswazah tu adala sekumpulan warga ——– yang bekerja sebagai pekerja kontrak [bukan nk rendahkan mereka ya] melepak di tepi2 kaki lima. aku sebenarnya agak takut gak even kak dyg dgn edi ade time tu. lepas je lalu kat mereka aku terus bagaitahu kak dyg dan terjadilah perbualan di bawah:

“akak, orang2 kat sini menakutkan saya la..”

“haah la akak pun sama”

“bukan ape kak, saya tengok depa tu kan tengok je org lalu dari semalam mcm tu. dulu2 pon same kak. bahaya la kak. takut saya…dah la saya selalu sorang2 buat kerja research kat sini”

“alah buat pe ko nak takut. nanti ajaklah didie buat kerja kat sini…”, kata edi dengan selambanya.

Huhu, bukanlah aku takut sangat edi oi…sekarang ni baik takut dgn manusia tau dari hantu sebab manusia lagi jahat. bahaya plak… hai, xkanlah hari2 aku terpaksa lalu depan mereka yang suke melepak tu kalo nak mkn kat unikeb belakang tu? Nak beli air macammana? Nak turun dengan siapa? sorang2 jugak ke kalo kak dyg dgn edi n didie xda?…takutlah…mesti depa tu sume cam aku sorang2 je kat bilik tu…[Tuhan lindungilah aku dari perkara yang bahaya]

nak atau tak aku xde dah pilihan. kena jugak ke ppbl siapkan data sebab sem depan dah nak mulakan writing.huh~ boleh siap ke afiqah? dengan keadaan kamu yang belum menyiapkan proposal yang sebenar ini?aku kena la buat lepas khamis ini, lepas data utk prof n Dr siap ni kena mulakan pembacaan n penelitian terhadap masalah kajian ini. macam kata Dr Idris “semuanya bermula dengan masalah bukan?” Yes Dr, saya setuju dengan Dr. Dr, memang memberi semangat dan idea yang membina.. Terima kasih Dr!

tepat jam 515 aku keluar meninggalkan PPBL dan kembali ke hotel…kikiki. hotel la sebab ade 5 tingkat ape kolej aku ni. Dari jauh kabur2 sama ada nk mkn terus atau nak tapau je. last2 dua dua xjd sebab aku decide nk beli roti gardenia je sbb mcm malas pulak nak mkn.heheh. Otw ke bilik kabur2 lagi sebab nampak seorang wanita usia dalam lingkungan 50-an dengan seorang anak dalam umur 5 tahun kot kat paras aku. kenapa makcik ni ade kat sini? Mak sape pulak ni ek? ermm sangkaan meleset apabila dia menegurku dengan kata ” nak beli kerepek dik?”. Owh makcik ni jual kerepek rupanya. dengan selamba aku menjawab “xkot makcik” sambil tersenyum. Bila bukak pintu bilik je hati aku rasa xsedap pulak. Rasa macam tak patut kot kalau aku xbeli. Kesian makcik tu naik paras aku yang tingkat 3 ni [naik dua kali tangga la]. simpati jugak dengan anak yang setia menemankan ibunya mencari rezeki. Sedih pulak rasa hati dan pilu rasanya mengenangkan pengorbanan seorang ibu yang sepatutnya dalam usia begini berehat tetapi harus menapak untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya.

lantas aku membuka beg galas yang berisi laptop untuk mengambil purse dan keluar kepada makcik itu yang sedang mengetuk2 pintu bilik yang lain.

“sebungkus berapa makcik?”

“RM 2 dik. kalau beli 3 dapat RM 5”

Erm..aku beli satu je kot [dalam hati sambil membelek2 jenis kerepek yang ada]. sebab kerepek mak bawakkan ade lagi. nanti sape nak makan pulak.

“saya beli kerepek bawang ni 1 ye makcik. tapi saya xde duit kecik ni”.

“Xpelah dik, makcik ade ni. terima kasih dik ye, makcik jual”

“ye, saya beli”

Sebenarnya kalau ikutkan aku tgh bajet ni nk kurangkan belanja.heheh sebab tgh kering jugakla kot. kikiki. ade duit tp malas nk amik. tapi xpelah, niat sedekah kat makcik tu je la. Kesian makcik. sayu rasa hati ini bila update blog ni sambil makan kerepek ni. mesti makcik tu ambik upah jual kerepek jugak kan. berapa sangatla dia dapat setiap sebungkus tu. dengan bawak kerepek berat2. siannya…bayangkanlah kalo mak aku mcm tu sedihnya rasa…Mak, teringat kat mak pulak. walaupun mak belum balik sekolah lagi, tapi kita ingt mak pun cari rezeki utk kita, ajik, eop dan faiq belajar kan…Rindunya kat mak… =( rasa nak balik sekarang je.

Yang pasti bukan hari ini sahaja makcik itu dengan ibu2 lain yang bekerja akan berusaha mencari rezeki dan berkorban untuk kita kan [terima kasih mak!] Pasti makcik tu selalu datang dari blok ke blok dan sem depan juga untuk menjual kerepek. mungkin sebelum2 ni makcik itulah yang jual kerepek yang budak2 ni beli. cuma mungkin sebelum ini aku xterserempak tapi hari ini, kegigihannya telah menyentuh hatiku sebagai seorang anak [sentimentalkah aku?]huhuhu.

Hari ini dan hari mendatang juga seterusnya begitulah juga cara seorang ibu dan ayah berkorban mencari rezeki untuk anak-anak cuma caranya sahaja yang lain. ada yang bekerja sebagai pegawai, guru, doktor, pensyarah, jurutera, peniaga dan tak kurang juga sebagai cleaner di mana2 pejabat. semuanya dilakukan demi memenuhi keperluan hidup keluarga dan anak-anak yang disayangi. bagaimanalah pula dengan aku akan datang? Hidupku masih belum jelas dengan pengajian yang belum tamat ini. mampukah aku berkorban dan menjaga keluarga sama seperti mak dan abah menjaga aku, ajik, eop dan faiq…xtahulah apa pula kan nasib dan tuah aku yang mendatang.

Yang penting bila aku dah tamat pengajian ini, aku nak cari kerja. Gaji aku pasti nak bagi pada mak dan abah. walaupun mereka belum pencen dan ada pendapatan sendiri n walaupun gaji aku tu mungkin kecik berbanding mereka yang dah lama kerja kan. Pasti mereka gembira…heheheh. tak sabar nak kerja dan bagi mereka berehat pula merasai duit anak2 mereka yang dah sekian lama mereka jaga.

Akhir kata, terima kasih mak dan abah =) sebab mampu jaga dan bagi akak belajar sampai peringkat ini. dan kepada semua yang membaca post kali ini, hargailah ibu dan ayah kita yang masih ada sementara umur mereka masih ada. tidak ada gunanya mengenepikan mereka kerana sesuatu perkara kerana tanpa mereka kita tak akan ada di sini.utk pembaca yang sudah ketiadaan orang tua, doakanlah mereka supaya tenteram dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.Al Fatihah…Amin… =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: