@ DBP

Pada 17 Mac 2009 yang lepas, seramai 13 orang pelajar kod SKBL 6123 telah melawat ke Pangkalan Data Korpus di Dewan Bahasa dan Pustaka. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menggunakan sistem pangkalan data yang telah dibangunkan serta menilai sendiri kelebihan dan kelemahan pangkalan data korpus ini.

Secara umumnya, Pangkalan Data Korpus DBP telah diusulkan pada tahun 1980an dengan nama Pangkalan Data Bahasa Melayu Berkomputer (asalnya Pangkalan Data Linguistik Bahasa Melayu). Pada asalnya, korpus ini terdiri daripada enam pangkalan data iaitu Bank Istilah Berkomputer (BIKOMTA), Pangkalan Data Leksikon, Pangkalan Data Korpus, Pangkalan Data Umum Bahasa Melayu, Pangkalan Data Perkamusan dan Sistem Khidmat Nasihat Bahasa. Namun disebabkan wujudnya kekangan, hanya Pangkalan Data Korpus yang telah dilaksanakan mulai 1983 sehingga sekarang. Sistem ini telah dibangunkan oleh sebilangan penyelidik dari Unit Terjemahan Melalui Komputer dengan Universiti Sains Malaysia melalui satu memorandum persefahaman pada 27 Oktober 1993. Pangkalan data korpus ini siap dibina pada tahun 1995.

Sistem korpus ini merupakan salah satu sistem yang baik kerana dari segi sistemkorpus serta pangkalan data korpusnya. Sistem korpus ini mempunyai kemudahan penyelidikan seperti carian kata kunci, carian imbuhan dan analisis kata (MATA) yang dapat membantu penyelidik yang ingin menjalankan kajian yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Pengguna juga boleh memilih untuk menentukan jenis data iaitu subkorpus yang ingin digunakan bagi kajiannya berdasarkan pangkalan data yang boleh dicapai. Contohnya db1, utusan, akhbar 07 dan lain-lain. Cara ini sudah semestinya memudahkan pengguna untuk mengkhususkan kajiannya kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Korpus ini mempunyai ciri-ciri sebuah korpus yang baik dari segi format yang boleh dibaca oleh komputer dan pemilihan data korpus, keterwakilan bahasa sebenar serta jumlah saiz korpus.

Selain itu juga, pangkalan data korpus DBP juga dapat menyimpan sejumlah data yang mewakili bahasa tulisan bahasa Melayu. Data yang sedia ada didigitalkan melalui kaedah taip dan semak, kaedah imbas dan semak dan kaedah perolehan data digital. Sehingga sekarang, pangkalan data korpus ini mempunyai 135 juta perkataan yang merangkumi pelbagai jenis bahan tulisan seperti data akhbar, buku, majalah, teks tradisional, puisi, drama dan efemeral. Hal ini sudah semestinya menepati prinsip pembinaan sesuatu korpus yang baik kerana sesuatu korpus yang baik mempunyai parameternya seperti pemilihan data, genre dan saiz ditetapkan terlebih dahulu. Jumlah sampel yang besar seperti yang disebutkan di atas dapat mewakili penggunaan bahasa Melayu selain data yang digunakan bukan dipilih secara sembarangan sahaja tanpa mempunyai prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.

Apepun, kami sempat merakamkan sedikit kenangan bersama ketua rombongan iaitu Prof Madya Dr. Imran Ho Abdullah. Selain itu tidak lupa juga beberapa potret yang mencuit hati sepanjang perjalanan pulang =)

sdc10218

:: Bersama ketua rombongan =) ::

sdc10228

:: Pakcik bas yg berjasa kerana membawa kami ::

Gelagat dalam bas otw balik UKM, jeng jeng jeng……

ani, ju & me

:: Ani, Ju & me ::

sdc10237

:: Edi yg keletihan menjadi photographer ::

sdc10239

:: berangan ape tu jue ?~ ::

sdc10233

:: Edi (sebelum terlena) & Didie ::

sdc10236

:: A moment to remember ::

copy-of-sdc10247

:: Rajinnya…siapalah yang salah candid ni ye ~ =p ::

Itu sebahagian sahaja… Tunggu, banyak lagi aksi2 yang mendebarkan sepanjang perjalanan kami.

Aku akan nukilkan diepisod akan datang. da~

Advertisements

1 Comment (+add yours?)

  1. iha
    Mar 25, 2009 @ 21:14:18

    Gambar dalam makmal dan semasa taklimat ? Sesi telah dikendalikan dengan baik dengan penyertaan yang serious oleh semua.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: