Ilmu

Sudah terlalu lama rasanya tak masukkan entri baru di sini. Hari ini nampaknya aku berkesempatan menukilkan sesuatu di sini. Entri kali ini bertajuk “ILMU” selari dengan seminar SKALI yang baru sahaja selesai semalam.

cover11

SKALI telah berlangsung dengan jayanya pada kali ini kerana banyak penyertaan yang diterima daripada seluruh pusat pengajian tinggi yang hadir dengan hasrat berkongsi ilmu dan menambah baik kajian yang dilakukan.

Aku dan rakan-rakan juga tidak ketinggalan meluangkan masa untuk sama-sama mendengar teori dan terapan baru yang mungkin boleh dimanfaatkan dalam kajian kami.

Terlalu banyak rasanya perkara yang aku tidak tahu. Ramai pembentang terutamanya pensyarah memberikan input dan ulasan yang kritis dan sangat membina. Ha, inilah yang dinamakan seminar dan tempoh membina ILMU serta mengaplikasikannya dalam pelajaran.

Aku terfikir sejenak bagaimana pembentang-pembentang ini dapat menguasai bidang masing-masing dengan baik. Namun ada juga hasil kajian yang aku rasakan masih jauh ketinggalan daripada apa yang telah aku pelajari. walaupun aku dan rakan-rakan hanya pelajar sarjana, tetapi pendedahan demi pendedahan yang diberikan oleh pakar-pakar bahasa di tempat kami telah menyebabkan kami lebih banyak berfikir secara KRITIS dan bukan hanya sekadar MENGKRITIK.

Selepas ini aku tidak pasti sama ada aku dapat menghadiri SKALI 2 tahun akan datang ataupun tidak. Namun, aku juga menanam azam untuk berjinak-jinak menjadi pembentang apabila sudah tamat pengajian kelak. Rugi rasanya jika tidak hadir. Jika berseminar di luar negara mungkinlah aku tidak dapat hadir, namun jika di UKM yang sudah hampir 4 tahun aku bertapak, aku tetap akan cuba untuk menghadirinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: