❤ Minimalis & Wacana ❤

Minimalis satu program atau pendekatan terbaru TG dalam Syntax @ Sintaksis.

Sintaksis merupakan satu bidang dalam Linguistik yang mengkaji bagaimana bahasa dibina dan ditulis dalam satu ayat yang dibina berasaskan perkataan dan frasa.

Secara umumnya bidang ini merupakan satu bidang yang memerlukan penerapan teori. Ada yang beranggapan sintaksis yang menggunakan Teori TG merupakan “kongkongan” kerana penghuraiannya adalah secara tidak semulajadi seperti “bahasa lincah” dalam wacana… Tambahan pula, kajian yang menggunakan TG dianggap tidak logik kerana manusia dikatakan akan mengeluarkan seberapa banyak perkataan dengan berjenis-jenis ayat.

Apa yang menarik di sini, setiap teori yang dilahirkan sudah tentu bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang mendatang dalam sesuatu bidang…

Namun TG masih lg tidak diterima pakai meskipun teori dalam sintaksis ini sentiasa diperbaharui…

Menurut Program Minimalis struktur ayat terbentuk melalui operasi gabungan merge yg berterusan dan akhirnya dimapkan atau dipetakan ke dua struktur representasi utk suatu ayat:

o i. representasi yg menentukan bentuk fonetiknya

o ii. representasi yg menentukan bentuk logiknya (aspek lingistik utk makna sesuatu ayat)

Maka sesuatu ayat itu perlu mencapai representasi BF (yg menyatakan cara ayat itu disebut) dan representasi BL (menyatakan makna ayat itu)

Kesimpulannya ialah nahu kita ada 2 aras hasil output iaitu BF dan BL.

Maka derivasi pembentukan sesuatu ayat itu ( iaitu operasi yg melibatkan aturcara pembentukannya) melibatkan satu set operasi linguistik (komputasi) yg. menghasilkan generate struktur sintaksis, bersama dgn set operasi BF yg mengubah struktur sintaksis kepada representasi BF dan satu set operasi BL yg mengubah struktur sintaksis kepada representasi BL.

Namun dalam Teori Analisis Wacana, Nahu Fungsional yang digunakan nampaknya lebih baik dan kukuh dalam menganalisis fungsi ayat atau perkataan yang digunakan…

Pada pandangan aku yang masih dangkal ilmu ini, mungkin Minimalis yang cuba untuk menghuraikan pembentukan ayat dalam leksikon boleh digabungkan dengan nahu fungsioanal supaya sintaksis atau struktur ayat yang ada dapat dihuraikan dengan lebih baik dan berpada.

Mungkin satu hari nanti sekiranya Nahu Fungsional dan TG dapat disatukan. Siapa tahu.

Wallahu ‘alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: