✿ ISLAM vs Valentine ✿

Masyarakat Islam kini kadangkala terikut-ikut dengan trend sambutan Hari Kekasih yang diraikan pasangan bercinta pada setiap kali tiba tarikh 14 Februari.

Sambutan Hari Kekasih itu bercanggah dengan akidah Islam dan mempunyai unsur-unsur ajaran Kristian yang dibawa oleh masyarakat Barat serta bertujuan melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam,

Sehubungan itu, umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih yang bercanggah dengan agama tersebut. (Petikan akhbar 6 Feb 09)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam.

Menurutnya, Valentine merupakan nama sebenar St. Valentino seorang paderi di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan merupakan antara orang yang menghancurkan tamadun Islam di negara tersebut.

Justeru itu, jika umat Islam merayakan hari berkenaan ia seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.


~Bersama-samalah kita renungkan~



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: