::Ertinya Kehidupan ::

Salam untuk semua. Sudah lama rasanya jari ini tidak menukil dan mencoretkan sesuatu di ‘blog’ ini setelah sekian lama diri ini berada dalam kesibukan. Sibuk dengan pekerjaan, dengan rencah kehidupan, dengan pelajaran (tanggungjawab utama selain menjadi hamba Allah di bumi ini), sibuk dengan majlis-majlis saudara mara dan bermacam-macam lagi. Akhirnya aku berjaya juga meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu dengan kedangkalan buah fikiran dan kecetekan idea di saat ini.

Tidak terlambat rasanya jika aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada rakan-rakan bebangsa cina (rasanya tiada siapa melainkan Andrew seorang senior Master Literature di PPBL). Dahulunya masih ada kenalan Jeslyn, Nick, Ling Long semasa 1st degree but now tiada siapa lagi yang menjadi kosmetku.

Untuk kesekian kalinya aku tidak ketinggalan mengikuti perkembangan GAZA. Masih seperti dulu, peperangan, kematian, kesakitan dan kemusnahan yang rakyat di sana alami. Ya ALLAH… kejamnya mereka seperti tiada hati dan perasaan sedikit pun kepada yang tidak berdosa… Namun, itulah hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh anak-anak kecil yang sudah kenal apa itu jihad dan erti kehidupan yang sebenar. Sampai bilakah ini semua akan berakhir??? bilakah waktunya mereka akan kembali tenang tanpa sebarang ancaman yang mereka lalui.

Israel lancar serangan baru


Seorang pejuang Hamas memerhati bangunan keselamatan Hamas termasuk sebuah penjara yang musnah dibedil pesawat perang Israel di Bandar Gaza, semalam, hampir seminggu selepas Israel dan Hamas melaksanakan gencatan senjata berasingan di Genting Gaza. – AP



GAZA 2 Feb. – Israel telah melancarkan serangan udara baru ke atas Genting Gaza semalam yang disasarkan ke atas sebuah kompleks sekuriti Hamas dan terowong rahsia yang didakwa digunakan untuk menyeludup senjata, setelah rejim Zionis itu sebelum ini “bersumpah” akan membalas serangan roket pejuang Palestin ke wilayahnya.

Sumber keselamatan dan orang ramai berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh sementara empat yang lain cedera dalam salah satu serangan ke atas bandar Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Artikel di atas adalah sebahagian keratan akhbar yang menunjukkan kekejaman zionis dan sekutunya yang sanggup melihat GAZA bermandi darah setiap hari.

Jika aku diuji sedemikian, mampukah aku menghadapinya. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui…

Bercerita tentang kehidupan, aku juga seperti insan lain. Menjalani kehidupan selama mana usia dan nyawaku masih di jasadnya. Semalam merupakan satu hari yang tidak dapat aku lupakan bersama rakanku Izah dan Diyana @ Didi. Kami basah kuyup dan lencun selepas pulang joging di ‘Tasik Kejut’ ( bagi pelajar UKM, inilah tempat yang paling glamour) hihihi. Hampir demam rasanya kami bertiga. Apa tidaknya, sepanjang perjalanan pulang ke kamsis kami meredah hujan yang sangat lebat. Mahu atau tidak sudah tiada cara lain untuk pulang dalam waktu yang sudah hampir senja. Terpaksalah meredah hujan bersama dua orang rakanku yang agak rapat itu. Akhirnya apabila sampai, kami berhenti seketika di bus stop kamsis berhadapan dengan blok C. Itulah perkara paling sukar untuk dilupakan.
Hajat hati mahu bersenam untuk kesihatan tetapi sudah mencari masalah lain pula di tempat kejadian (macam kata Didi).

Itulah duniaku. Dunia dan alam kamsis yang masih menyeronokkan bersama rakan-rakan seperjuangan. Dengan kerja yang banyak untuk disiapkan, kami juga tidak ketinggalan untuk melepaskan rase beban dan menikmati alam ciptaan-Nya di waktu petang…

Itulah ertinya kehidupan…

Sebelum mengakhiri bait-bait tulisanku yang masih bercelaru ini, aku tiba-tiba teringan dengan satu ayat iaitu ‘fastaqim kama umirta’… Mampukah aku istiqomah dalam kehidupanku…Hidup ini sungguh banyak dugaannya. Aku kadang-kadang lemah dan mungkin juga tergelincir dari landasan hidup yang tidak sunyi dari kealpaan. Harapanku agar aku dapat menempuh alam pelajaranku dengan penuh rasa iltizam dan sifat rendah diri yang mendalam dalam menuntut ilmu… Amin…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: